Setelah Gong Xu selesai mengimbas semua itu, dia menoleh kepada Ye Wan Wan dengan mata yang berkaca. Lelaki itu merenungnya tanpa berkelip. "Abang Ye! Awak terlalu hebat! Kalau awak perempuan, saya pasti akan kahwin dengan awak! Tak, tak, tak, walaupun awak lelaki, saya nak juga kahwin dengan awak…"
Ye Wan Wan. "..."
'Boleh tak kau ada kelas sikit? Boleh tak ada separuh perasaan malu Luo Chen?'
Ye Wan Wan terus membaca perbualan hangat di atas talian dan tiba-tiba, dia terjumpa sesuatu yang tidak dijangka.
Ye Wan Wan. "Eh?"
"Kenapa? Kenapa Abang Ye?" Gong Xu terus membongkok menghampirinya untuk melihat.
Ye Wan Wan mengangkat keningnya dan menoleh kepada Gong Xu dan Luo Chen beberapa kali. "Idea ini… agak bernas…"
"Idea apa yang bernas? Apa yang awak cakap, Abang Ye?" gumam Gong Xu. Dia merasakan cara Abang Ye melihat kepada dirinya agak menyeramkan.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com