Dari tempat duduk penonton, Ye Wan Wan memandang Sebelas dari masa ke semasa dan mengerutkan keningnya.
Ye Wan Wan telah banyak berinteraksi dengan Sebelas dan merasakan banyak perkara sedang berputar dalam kepala lelaki itu. Apabila dia tidak yakin, ia akan jelas kelihatan di antara kening lelaki itu.
Ye Wan Wan pernah menegur doa beberapa kali tetapi Sebelas hanya mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang komen.
Saat ini, Sebelas sedang mengenggam penumbuknya dan cahaya dalam matanya berkilau terang.
Di masa lepas, walaupun dia mahu menjadi kapten pasukan, dia tidak begitu gigih mengejarnya.
"Boleh ke aku…" Sebelas menggenggam penumbuknya dengan lebih kejap.
Seketika kemudian, Qin Ruo Xi berjalan perlahan masuk diikuti Yuan Sheng di belakangnya.
"Cik Ruo Xi, kenapa awak dekat sini?" Liu Ying melangkah ke hadapan apabila melihat gadis itu hadir.
Qin Ruo Xi tersenyum tenang dan menjawab, "Untuk menyokong kamu semua."
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com