"Tapi ini bukan kehidupan yang mereka mahukan!" jerit Sam dengan penuh marah.
Duta sulung itu menjawab dengan tegas, "Kami tak dapat nak berikan kehidupan yang mereka mahukan."
"Disebabkan oleh mereka, Bumi dapat diselamatkan. Jika tidak He Lan Yuan sudah meletupkan planet ini."
"Tapi disebabkan mereka jugalah Bumi dilanda krisis yang tidak diinginkan, yang menyebabkan kerosakan serius."
"Tapi itu kerana He Lan Yuan memaksa mereka untuk melakukannya, ia bukanlah kehendak mereka."
Duta sulung mengeluh. "Ini pun bukan kehendak kami."
Jadi, Shi Jian dan kumpulannya dipaksa untuk mengancam dunia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terpaksa mengasingkan mereka dalam kuarantin. Kedua-dua pihak mempunyai logik sendiri, jadi sukar untuk mengatakan siapa yang betul dan siapa yang salah.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com