webnovel

Dia Milik Saya

Editor: EndlessFantasy Translation

"Jadi, kalau betul macam mana? Jika hari ini pengakhiran buat kita, biarkan sahaja!" Sam menjawab dengan senyuman dingin. Ali dan yang lain sudah bersedia untuk melancarkan serangan pada waktu itu. Kali ini, sekurang-kurangnya mereka dapat mengambil inisiatif.

Philip ketawa. "Saya kagum dengan kasih sayang kamu terhadap satu sama lain. Tapi, perempuan, kamu nak ke mereka mati kerana kamu?"

Kata-katanya ditujukan kepada Xinghe.

"Kamu janji akan lepaskan mereka jika saya menyerah diri?" Xinghe tiba-tiba bertanya. Philip berasa terkejut dengan ketenangan dalam jawapan wanita itu. Mata hitam Mubai bergetar. Dia yakin itu ialah Xinghe.

Kali ini Mubai yang menjawab kepadanya, "Betul, kalau kamu ikut kami dengan patuh, kami akan lepaskan mereka yang lain pergi dengan selamat."

Xinghe mengalami kesukaran untuk menyembunyikan senyuman yang muncul dia wajahnya. Dia menerima tawaran itu dengan segera, "Baik!"

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo