webnovel

Dia Layak Untuk Menjadi Bongkak

Editor: EndlessFantasy Translation

Xia Zhi berasa sungguh puas. Sekurang-kurangnya tidak sia-sialah dia dipukul.

Mereka memang patut menerima apa sahaja hukuman yang diberikan oleh kakaknya.

Oleh kerana Chui Ming sudah menaikkan jumlah ganjaran tersebut, sudah tibalah masanya untuk Xinghe beraksi.

Menggunakan nama pengguna 001, dia menghubungi Chui Cops. Dia menawarkan diri untuk menghapuskan virus misteri tersebut. Chui Ming termakan umpannya dengan hampir serta-merta. Dia sebenarnya sangat gembira apabila ada orang yang berkemampuan untuk menolongnya.

Dia mahu Xinghe menghapuskan virus tersebut serta-merta dan dia akan memasukkan wang ganjaran tersebut sebaik sahaja dia melihat hasilnya.

Saya akan menghubungi kamu kembali dalam masa 2 jam, balas Xinghe.

"Kak, jadi kakaklah 001 yang terkenal itu!" Xia Zhi menyeru apabila dia mengintai dan ternampak nama pengguna Xinghe. "Saya dengar ada penggodam bernama 001 telah menggegarkan dunia penggodam di Bandar T dengan kemunculannya. Saya tak sangka itu kakak!"

Xinghe tidak merasakan yang dia perlu menyembunyikan perkara itu daripada Xinghe. Jadi, dia mengaku dengan terbuka.

Xia Zhi tiba-tiba berasa seolah-olah dia telah mencapai sesuatu yang berprestij.

Perasaan itu sama seperti apabila kawan rapat atau ahli keluarga seseorang mendedahkan diri mereka sebagai bintang terkemuka dunia.

Ianya adalah satu perasaan teruja yang hadir apabila mengetahui seseorang yang rapat dengan diri kamu ialah individu yang hebat.

Walau bagaimanapun, Xia Zhi turut meleteri dirinya sendiri kerana kebodohannya. Dia sepatutnya sudah dapat mengagak identiti 001 lebih awal. Garis masa antara ingatan Xinghe yang kembali semula serta kemunculan 001 jelas bertindih antara satu sama lain. Itu sepatutnya menjadi petunjuk paling besar.

Xia Zhi dapat membayangkan nama kakaknya menjadi terkenal selepas kejadian ini.

Reputasinya pastilah akan meningkat naik selepas dunia sekeliling mengetahui bahawa dia yang menolong Chui Corps.

Tapi, dalam situasi ini mereka sememangnya diintai bahaya. "Kak, kakak tak bimbangkah jika mereka mengesyaki kakak sebagai orang yang mencipta virus itu?"

Lagipun, jika 001 berjaya menghapuskan virus yang tidak mampu ditewaskan oleh orang lain, sudah tentulah ianya akan mengundang keraguan sesetengah pihak.

Xinghe menumpukan perhatiannya pada skrin komputer sambil jari jemarinya lincah bermain di papan kekunci. Dia menjawab, "Jadi, apa yang akan berlaku kalau mereka mengesyaki saya?"

"Jika mereka ada walau sedikit pun syak wasangka bahawa kakak dalang sebenar, Chui Ming pastinya tidak akan melepaskan kakak dengan mudah."

"Mereka perlu tahu siapa saya dahulu," kat Xinghe dengan yakin. Orang lain mungkin akan merasakan dia bongkak. Tetapi Xia Zhi tahu dia hanya berkata benar.

Lagipun, apa masalahnya jika dia bongkak? Dia memang layak berkelakuan sedemikian.

Dengan virus yang mudah itu, dia hampir membuatkan Chui Corps muflis. Oleh itu, ianya mustahil bagi pengaturcara di Chui Corps yang tidak sehebat dia boleh menjejakinya.

Chui Ming juga tidak dapat mengesan identitinya melalui maklumat perbankan 001.

Pemindahan tersebut dilakukan melalui pihak ketiga. Ianya adalah sebuah kumpulan penggodam yang sangat misteri yang menjalankan semua urusan secara rahsia dan sulit. Mereka tidak akan mendedahkan Xinghe kepada Chui Ming.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Xinghe turut memalsukan alamat IPnya untuk berhadapan dengan kemungkinan yang kumpulan penggodam itu mungkin dipaksa oleh Chui Ming untuk memberi maklumatnya.

Akhir sekali, Xinghe juga tidak memberi Chui Ming sebarang peluang untuk mengesyakinya.

Dia menawarkan cara untuk menambah baik perisian mereka. Xinghe menyorokkan niat sebenarnya dengan kebaikan yang ditunjukkan.

Xia Zhi sangat gementar. "Kak, mereka minta pertolongan kakak untuk menghapuskan virus itu. Mengapa kakak tolong mereka menambah baik perisian pula?"

Adakah dia sudah lupa bahawa Chui Ming adalah musuh mereka?

Xinghe memandangya dan berkata dengan selamba, "Bagi pendapat saya, walaupun dengan menggunakan penambahbaikan yang saya berikan, perisian sekuriti mereka hanyalah setaraf perisian percuma sahaja."

Xia Zhi mengerutkan dahinya sambil berfikir. Dia menambah lagi, "Kalau begitu pun, kakak tak perlu tolong mereka."

"Jangan bimbang. Saya tahu apa yang saya lakukan."

Xia Zhi berhenti mengganggu kakaknya. Selepas apa yang dikatakan oleh Xinghe, Xia Zhi yakin bahawa kakaknya mesti mempunyai sebab tersendiri.

Próximo capítulo