webnovel

Kuda Hitam

Editor: EndlessFantasy Translation

Dalam satu malam sahaja, Xia Zhi menjadi lebih matang. Dia menjadi lebih berprinsip dan tabah.

Xinghe memberikan impak yang besar ke atas perubahan wataknya, menguatkan pembawaan tubuhnya untuk menempuh jatuh bangun kehidupan dengan penuh azam.

Di masa akan datang, di mana dia sudah tua dan lemah, malam ini tetap akan menjadi kenangan terbaik.

Kakaknya seorang diri dengan tubuh yang lemah telah meninggalkan hospital untuk melakukan keajaiban yang akan mengubah hidup mereka buat selamanya telah terpahat di minda Xia Zhi.

Dia telah menemui wira dunia nyata : Xia Xinghe!

Malam yang panjang kini sampai di penghujungnya.

Xinghe telah memecah masuk ke dalam sistem yang tidak terkira banyaknya.

Setelah merasakan dia telah melakukan lebih daripada cukup, tangannya berhenti, lalu menggosok matanya yang penat dan keluar dari kafe dalam keadaan mamai.

Sekembalinya dia di hospital, sebelum sempat dia sampai di wad pakciknya, dia melihat Xia Zhi sedang berlari ke arahnya.

Xia Zhi sangat bimbang sepanjang malam itu. Dia mengeluh lega setelah melihat Xinghe datang.

"Kak, kakak tak apa-apa? Bagaimana keadaan kakak, kakak di mana sepanjang malam?" Xia Zhi melontar soalan sebaik saja mereka cukup dekat untuk berbual.

Xinghe menjawab dengan tidak jelas, "Saya berada di kafe internet sepanjang malam. Zhi, duit kita dah cukup?"

"Ya!" Xia Zhi terus menjawab, dengan gembira. "Kakak sangat menakjubkan, kita ada lebih 400,000 RMB!"

Xinghe telah melepasi 300,000 RMB yang diperlukan untuk pembedahan pakciknya.

Xia Zhi tidak pernah merasa gembira seperti ini.

"Kak, kakak lah wira saya!" kata Xia Zhi dengan pandangan penuh dengan kekaguman di matanya. "Kak, tolong bagitahu saya, bagaimana kakak boleh mendapat begitu banyak dalam satu malam sahaja!"

"Biar saya rehat dahulu," balas Xinghe.

Pada masa itu baru lah Xia Zhi perasan akan muka Xinghe pucat, matanya merah dan kelihatan lebam di sekeliling matanya.

Kebelakangan ini tidak berapa baik untuk Xinghe dan kini dia kelihatan lebih teruk.

Xia Zhi berkata dengan baik, "Baik kakak rehat di sebelah ayah. Saya akan pergi belikan makanan kegemaran kakak, ladu dan peha ayam untuk sarapan. Rehatkan badan kakak dan saya akan uruskan yang selebihnya."

"Baiklah." Xinghe pun berlalu pergi ke wad Chengwu.

Terdapat sofa kecil untuk keluarga pesakit berehat dalam bilik wad Chengwu. Xinghe berbaring di atasnya, menyelimutkan dirinya dan terus terlena.

Xinghe, dalam keadaan letih, sudah pun nyenyak tidur ketika Xia Zhi dengan gembiranya berjalan di pekan membeli sarapan untuknya.

Tiada siapa antara mereka yang tahu apa yang Xinghe lakukan semalam telah menggoncang dunia maya Hwa Xia hingga ke terasnya.

Dalam masa satu malam, penggodam dengan nama kod 001 telah menjadi sebutan industri IT. 001 ini telah mencabar 20 penggodam terbaik malam itu dan telah menewaskan mereka semua.

Dia juga telah menumpaskan sistem keselamatan terbaru syarikat Xi yang baru dilancarkan pada awal tahun, dan semestinya, sistem yang dilancarkan oleh syarikat-syarikat kecil juga turut tumpas.

Ia sememangnya menjadi perhatian kerana semua sistem ini dicipta oleh pasukan keselamatan terbaik di Hwa Xia.

Sistem ini telah melumpuhkan beberapa penggodam ternama dan 001 menembusi semuanya hanya dalam satu malam.

Seperti kuda hitam, 001 telah meninggalkan jejak di dunia penggodam tapi jejak itu tidak berpenghujung. 001 tidak meninggalkan kesan yang boleh mendedahkan identitinya.

Semalam, disebabkam Xinghe, dunia maya Hwa Xia berada di kemuncak kesibukan setelah sekian lama.

Próximo capítulo