webnovel

Kau Nak Tawarkan Hadiah yang Dibuat oleh Aku?

Editor: EndlessFantasy Translation

Luo Zhan berhenti dan terkaku di tempatnya. Ruo La menarik tangannya namun lelaki itu tidak bergerak, jadi dia berpaling ke belakang dan bertanya, "Kenapa?"

Luo Zhan menggeleng perlahan dan berkata, "Tak ada apa-apa. Saya teringat ada kerja yang saya belum selesaikan. Apa kata kamu pergi makan dengan kawan kamu? Atau kamu boleh balik dulu sebab saya perlu ke pejabat untuk uruskan sesuatu."

Ruo La berasa agak kecewa sebaik mendengar kata-kata itu. Tetapi apabila melihat riak wajah Luo Zhan, dia akhirnya mengangguk dan berkata, "Okey. Jangan bekerja sampai lewat malam. Tidur awal."

"Okey. Dah tentu."

Ruo La merenung Luo Zhan dengan riak wajah yang kelihatan teragak-agak, kemudian menghampiri lelaki itu dan berdiri di hadapannya. Luo Zhan kelihatan terkejut dan merenung Ruo La. Tangan Ruo La memegang bahunya. Sentuhan lembut itu membuatkan Luo Zhan berasa janggal dan hebat. Kemudian, dengan pipi yang kemerahan, Ruo La berjinjing dan mencium bibir Luo Zhan dengan lembut. Luo Zhan terkejut dan Ruo La terus berlari tanpa berpaling ke belakang. Luo Zhan merenung gadis itu dengan perasaan malu dan bersalah.

Ruo La gadis yang baik, tapi… saya tak layak untuk dia.

Di tepi jalan itu, Luo Zhan terkaku dengan fikiran yang bingung. Selepas seketika barulah dia mengeluarkan telefonnya dan menghubungi Lu Yihan.

Lu Yihan sedang memandu. Dia menjeling sekilas skrin telefonnya dan melihat nama yang terpapar lalu menjawab panggilan itu.

"Helo?"

"Lu Yihan, kau sibuk tak?"

"Kenapa?"

"Beritahu aku kau sibuk atau tak."

"Beritahu dulu apa kau nak."

"Jom makan malam bersama-sama." Luo Zhan kedengaran seperti teragak-agak.

Mendengar ajakan itu, Lu Yihan merasakan dia tahu apa yang mahu dilakukan oleh Luo Zhan.

Pasti dia mahu memperkenalkan teman wanitanya.

Walau bagaimanapun, Lu Yihan berpura-pura tidak tahu apa-apa dan berkata, "Oh okey. Jom lah. Di mana?"

Luo Zhan terdiam seketika sebelum berkata, "Jom ke rumah kau. Aku nak makan sup ikan dengan kobis China yang kau masak."

"Bodoh Luo Zhan. Kau nak tindas aku lagi?" kata Lu Yihan sambil tersenyum jengkel. "Kau nak tawarkan hadiah yang dibuat oleh aku?"

Luo Zhan terdiam.

Tawarkan hadiah yang dibuat oleh Lu Yihan? Tawarkan hadiah untuk siapa? Aku tak faham!

Walau bagaimanapun, selama ini dia memang agak lemah dalam memahami kiasan, dan… Lu Yihan jauh lebih pandai daripadanya.

Ada apa-apa yang salahkah?

Luo Zhan berfikir seketika, kemudian berpura-pura faham dan berkata, "Mungkin. Kau nak buat tak?"

"Tahniah. Aku akan pergi beli sayur sedikit, kau tunggu saja." Selepas mengatakannya, Lu Yihan terus menamatkan panggilan.

Luo Zhan kebingungan. Tahniah untuk apa?

*****

Kereta Luo Zhan digunakan oleh Luo Ran, jadi hari ini dia terpaksa menggunakan teksi.

Jarak antara jalan yang sibuk itu dengan rumah Lu Yihan agak jauh, jadi perjalannya mengambil masa selama 40 minit.

Lu Yihan telah tiba di rumahnya bersama barang-barang untuk memasak. Luo Zhan memasukkan kata laluan yang masih diingatinya dan terus masuk. Dia melihat Lu Yihan sedang sibuk di dapur. Kemas dan bersih. Rumah Lu Yihan langsung tidak kelihatan seperti rumah seorang lelaki bujang. 

Luo Zhan terus berbaring di atas sofa dengan mata yang separuh tertutup. Beberapa minit kemudian dia telah tertidur. Di dalam mimpinya, Ruo La menuduhnya tiada perasaan bersalah dan kaki perempuan sambil menangis. Pada masa yang sama, ibu bapanya turut merenungnya dengan perasaan kecewa dan marah.

Tiba-tiba Lu Yihan muncul sambil memandangnya dengan acuh tidak acuh dan berkata dingin, "Kau patut bangun, Luo Zhan."

Próximo capítulo