webnovel

Aku Mahu Lagi

Editor: EndlessFantasy Translation

Encik Zhao menanggalkan jam tangannya dan meletakkannya di atas kaunter bar itu. "Terima kasih, Gao."

Gao tersenyum dan mengambil jam tangan itu. "Kita semua kawan di sini. Tak perlu terlalu bersopan."

Perempuan cantik itu memandang Gao kemudian mengikuti Zhao keluar.

Setengah jam selepas mereka pergi, seorang pelayan datang tergesa-gesa ke arah Gao sambil menjerit dengan panik, "Bos, Guo Xiaomei ada di dalam bilik loker… Dia dah mati…"

-

Di hotel mewah lima bintang itu, Encik Zhao membawa perempuan cantik itu ke sebuah bilik. Sebaik sahaja mereka menutup pintu, Encik Zhao sudah tidak sabar dan terus menahan perempuan itu pada dinding lalu menciumnya dengan rakus. Nafsunya membara dan dia terus mengoyakkan skirt yang dipakai oleh perempuan itu.

Perempuan itu juga agak rakus dan mengoyakkan baju Encik Zhao. Kepalanya menjadi semakin pening.

"Perempuan nakal!" Zhao ketawa lalu menanggalkan pakaiannya dan mengambil kondom di atas meja sisi. "Sungguh bersemangat. Kamu terlampau dahagakan lelaki?"

"Bukan mana-mana lelaki, tetapi lelaki seperti kamu." Tang Mengying memegang alat sulit Zhao dan tidak sabar-sabar mahu membuka kakinya. "Masuklah."

Zhao memakai kondom dan tidak tergesa-gesa untuk melakukannya. Sebaliknya dia mengangkat dagu Tang Mengying dan berkata, "Biar saya tengok wajah kamu."

"Tak perlu. Kita lakukannya dulu, kemudian baru kamu boleh tengok," kata Tang Mengying lalu mencium wajah Zhao dan mengusap tubuhnya perlahan.

Zhao Gongzi mengalihkan tangan Tang Mengying. Dia turut berasa gembira untuk bermain permainan misteri ini. Ketika mereka tenggelam dalam keasyikan, Zhao menahan tubuh Tang Mengying ke bawah dan membuka topeng yang melindungi wajah itu dengan sebelah tangannya.

Di bawah topeng itu, sebelah kanan wajah Tang Mengying dilitupi oleh parut kebakaran yang besar manakala sebelah kiri mempunyai torehan yang tertulis X. Parut itu dalam sehingga menampakkan isi yang merah, malah nanah turut keluar dari torehan itu. Sebaik sahaja melihat wajah itu, Zhao amat terkejut dan terus berhenti. Dia berundur dengan ketakutan dan terjatuh dari katil.

Tang Mengying masih belum puas. "Aku mahu lagi. Kenapa kau lari? Mari sini."

Zhao sudah hilang minta sepenuhnya. Dia segera mengambil seluarnya dan memakainya kembali sebelum berpaling untuk pergi.

Tang Mengying tidak membenarkan perkara itu. Dia terus menerkam Zhao dan menariknya kembali.

Namun kekuatan lelaki dan perempuan sememangnya berbeza. Tang Mengying tidak mampu menarik lelaki itu dan menghentakkan kakinya dengan berang. "Kenapa kau tolak aku?!"

"Ah!!" Zhao menjerit apabila melihat sebilah pisau kecil ditusuk pada lengannya. Dia amat terkejut. "Kau… kau…"

"Hei, janganlah takut." Tang Mengying mengambil topengnya dan memakainya kembali. "Semua dah okey. Marilah."

Dia menolak Zhao ke atas katil. Zhao segera bangun kembali dan menjerit, "Kau…"

Tang Mengying mengacukan pisau yang mempunyai darah itu ke arah Zhao dan berbisik, "Dengar cakap aku. Kalau kau tak mahu dengar, pisau ni akan ada di leher kau." 

Kemudian dia duduk di atas Zhao dengan pisau masih berada di tangannya. Dia memasukkan alat sulit Zhao ke dalam dan mengerang, "Cepatlah."

Zhao yang amat ketakutan tidak mampu menaikkan nafsunya. Dia cuba mencadang, "Tunggu, macam mana kalau aku carikan kau gigolo?"

"Gigolo?" Tang Mengying memakai topeng jadi riak wajahnya tidak dapat dilihat. Bibirnya mengukir senyuman sinis. "Maksud kau, kau tak mahu lakukannya dengan aku?"

Próximo capítulo