webnovel

Sayang, Saya Cintakan Kamu

Editor: EndlessFantasy Translation

Kebanyakan komen di bawah penjelasan Lu Yihan itu ialah peminat-peminat Su Qianci. Si Qianci memanjangkan hantaran Lu Yihan dan meletakkan komen: [emoji menangis] Jangan lakukan ini! Ini akan buat kamu punya ramai musuh!!"

Su Qianci tahu kebanyakan yang memberi komen ialah peminatnya disebabkan nama-nama yang digunakan berkaitan dengan Su Qianci atau LS. Su Qianci mendongak ke arah Li Sicheng dan memanggil, "Sayang…"

"Ya?" Li Sicheng mengerutkan keningnya dan menyapu air mata isterinya sambil matanya memandang telefon yang dipegang Su Qianci. Dia mengambil telefon itu lalu membaca hantaran tersebut dank omen-komen di bawahnya. Wajahnya terus berubah dingin.

Su Qianci yang menyedari perubahan riak wajah suaminya terus mengambil kembali telefon itu lalu mengunci skrin dan memberi amaran, "Jangan bertindak terburu-buru. Yihan dah selesaikannya untuk saya."

"Okey." Li Sicheng menolak Su Qianci dengan lembut dan berkata, "Pergi mandi dulu."

Su Qianci tidak sepenuhnya mempercayai kata-kata Li Sicheng. Dia berpaling ke belakang dengan pandangan amaran sebelum masuk ke bilik air. Selepas membaca hantaran dan komen-komen itu, riak wajah Li Sicheng semakin dingin. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu memuat turun aplikasi Weibo dan mendaftar masuk. 10 minit kemudian, dia membuat hantaran pertamanya.

[Li Sicheng]: Saya sangat bertuah kerana setelah saya hilang selama empat tahun, orang-orang jahat telah gagal dan orang-orang baik masih selamat. Majlis perkahwinan yang saya janjikan kepada isteri saya tidak dapat dilaksanakan empat tahun lalu, jadi saya mahu jemput kamu semua ke majlis perkahwinan kami nanti. Saya akan umumkan tarikh dan tempatnya. Ini Li Sicheng. LS sentiasa bersama kamu semua.

Tiada gambar mahupun sebarang emoji. Sangat ringkas. Sesiapa yang mengenali Li Sicheng tahu ini ialah gayanya.

Sebaik sahaja Li Sicheng membuat hantaran tersebut, komen dan tanda suka terus masuk dengan pantas di luar jangkaannya.

Li Sicheng mengambil telefon Su Qianci dan melihat hantaran Lu Yihan yang dipanjangkan oleh Su Qianci telah menerima berpuluh ribu tanda suka dan komen.

Dia mencari namanya sendiri dan menggunakan akaun Su Qianci untuk memanjangkan hantarannya lalu menaip: [emoji peluk][emoji cium] Sayang, saya cintakan kamu 

Li Sicheng tersengih melihat ayat yang ditulisnya. Sebaik mendengar pintu bilik air dibuka, dia terus mengunci skrin kedua-dua telefon bimbit pada masa yang sama dan meletakkannya ke tepi. 

Su Qianci membiarkan rambutnya mengering di atas bahunya. Dia berasa sedikit hairan apabila melihat riak wajah Li Sicheng. Dia membetulkan jubah mandinya lalu mengambil telefon bimbitnya, tetapi tiba-tiba Li Sicheng menariknya ke atas katil.

Li Sicheng berpusing dan menahan isterinya pada katil. "Tak bagus guna telefon sebelum tidur. Apa kata kita buat sesuatu yang boleh bantu kita rehat dan tidur?"

Wajah Su Qianci bertukar sedikit kemerahan. Sebenarnya… dia tidak memakai apa-apa di bawah jubah mandi itu! Tetapi dia tidak mahu melakukan perkara itu sekarang. Dia menolak Li Sicheng lalu mengambil telefonnya dan bangun dari katil. "Saya nak tengok sekejap saja."

"Tak perlu tengok telefon, tengok saya." Li Sicheng menanggalkan tuala yang dipakainya lalu mencium Su Qianci dengan mendalam.

"Hmm… Saya nak… Ah, kenapa terburu-buru…"

Li Sicheng memeluknya dengan erat dan berbisik dengan puas hati, "Kamu dah dewasa berbanding dulu. Sekarang ini dah jadi lembut."

Pipi Su Qianci kemerahan ketika dia berkata, "Itu biasa selepas melahirkan anak…"

Li Sicheng membuka jubah mandi Su Qianci lalu memegang punggung isterinya dan berkata dengan suara yang mengasyikkan, "Apa kata kita buat seorang lagi?"

Próximo capítulo