webnovel

Mesej Daripadanya

Editor: EndlessFantasy Translation

Li Jianyue membuat mimik muka mengejek kepada abangnya. Tetapi Li Jianqian tidak mengendahkannya. Li Jianyue berasa marah lalu turun dari dukungan Su Qianci dan pergi ke arah Li Mosen untuk bermain. Su Qianci hanya tersenyum melihat mereka.

Dasu seperti ayahnya,bijak dan matang. Manakala walaupun Ersu suka dimanjakan, dia sangat pandai menilai. Dia mungkin tidak sebanding ibunya tetapi jika dibandingkan dengan kanak-kanak tiga tahun yang lain,Ersu jauh lebih bijak.

Su Qianci melihat jamnya dan mendapati sudah pukul dua petang. Dia kembali ke biliknya, mengambil telefon bimbit lalu menangkap gambar lukisan dalam diari itu. Kemudian dia menghantar gambar itu kepada Luo Zhan. Kerja menyiasat sudah tentulah perlu diserahkan kepada Luo Zhan.

Su Qianci membelek bahagian belakang loket itu dan secara tidak sengaja menjumpai satu kancing yang sangat sukar untuk dilihat. Su Qianci memegang kancing itu dengan kukunya dan click! Kancing itu terus terbuka dan sedikit serbuk berwarna kelabu berterbangan keluar.

Su Qianci mengerutkan dahinya dan mencurahkan serbuk itu ke atas diari. Walau bagaimanapun, tanpa disangka-sangka serbuk kelabu itu seakan ditarik sesuatu dan berkumpul di satu tempat. Mata Su Qianci terbeliak dan dia terus mencurahkan kesemua baki serbuk itu. Ia terus melekat pada permukaan diari dan kelihatan membentuk dua huruf.

Su Qianci mengosongkan loket itu dan melihat huruf "TL".

TL.

Tang Qing?

Jantung Su Qianci berdegup kencang. Dua huruf "TL" itu seakan tersenyum kepadanya.

Lambang itu kepunyaan Tang Mengying, manakala TL berkait dengan Tang Qing. Dia sememangnya telah menjangkakan Tang Qing dan Tang Mengying saling berkaitan. Nampaknya dia memang perlu membuat kerjasama dengan TL. Su Qianci menutup diari itu dan menyimpannya kemudian memasukkan rantai itu ke dalam poketnya. Serbuk kelabu itu kelihatan seperti bahan kimia. Jika dia tidak salah, serbuk itu ialah serbuk magnet.

Su Qianci kemudiannya menghantar serbuk itu ke makmal dan mendapat pengesahan fia sememangnya ialah serbuk magnet.

Su Qianci membeli sedikit lagi serbuk magnet dan menaburkannya di atas diari itu. Serbuk itu terus membentuk beberapa perkataan yang besar. 'Monopoli, Baccarat.' Apa maksudnya? Monopoli dan baccarat ialah permainan judi yang biasa di kasino. Adakah perkataan-perkataan ini satu klu? Tunggu dulu… kasino?

Su Qianci tidak dapat mengelak daripada teringat ketika dia dijadikan tebusan oleh Bo Xiao lebih kurang empat tahun lalu. Bukankah ia berlaku di kasino? Bo Xiao dan Rong Anna sedang berjual beli dadah di Star City pada waktu itu dan klu ini pula muncul melalui barang Tang Mengying.

Sekarang apabila TL sudah jelas terlibat dengan perkara ini, nampaknya… semua klu telah bersambung. Tetapi apa yang tertinggal? Su Qianci mengerutkan dahinya dan terfikir tentang lelaki yang mencampakkan rantai itu. Lelaki itu tidak kelihatan seperti mahu mencederakannya. Sedangkan dengan kemahirannya, mudah sahaja lelaki itu mahu berbuat apa sahaja kepadanya.

Walaupun telah mengambil duitnya dan turut mencabulinya pada malam itu, lelaki itu langsung tidak mencederakannya atau anak-anaknya, bukan? Su Qianci teringat bibir pucat lelaki itu dan tertanya-tanya siapa sebenarnya lelaki itu dan apa yang menjadi tujuannya.

Próximo capítulo