webnovel

Puan Tang berasa bosan kerana tidak menerima sebarang tindak balas. Dia berhenti memukul Su Qianci dan berkata, "Hei, kenapa Monyet belum tiba? Dah tiga minit. Aku beri Li Sicheng 15 minit. Jika dia tiba dan nampak Su Qianci masih belum disentuh sesiapa, mungkin dia akan ingat aku terlalu baik, bukan?"

Apa yang mereka mahu…

Su Qianci merapatkan kakinya dan mengerekot seperti ulat.

Puan Tang melihat reaksinya dan ketawa sinis. "Tak guna kalau kau buat macam tu."

Seorang lelaki pendek dan kurus yang menaiki motorsikal menghampiri mereka. Su Qianci berasa tertekan dan terdesak. Lelaki ini pasti Monyet yang dimaksudkan Puan Tang. Mereka berada di sebelah lebuhraya yang menghala keluar dari bandar, jadi hanya kereta yang akan lalu. Satu-satunya harapannya adalah supaya seseorang menyelamatkannya sebelum Puan Tang dan anak-anak buahnya menjalankan rancangan mereka ke atasnya. Walau bagaimanapun, tempat itu sangat sejuk dan gelap. Adakah penyelamatnya akan muncul? Ia hampir mustahil.

"Bos, dah bertahun-tahun Bos berhenti. Bos dah mula kembali sekarang? Geng kita dah lama berharap Bos kembali. Tanpa pimpinan Bos prestasi kami jadi semakin teruk."

Prestasi… Sekumpulan pencuri juga bercakap tentang prestasi?

Puan Tang merupakan seorang perompak sewaktu zaman mudanya dahulu. Malah dia pernah dipenjarakan bertahun-tahun kerana merompak. Atas sebab-sebab tertentu, dia akhirnya disatukan dengan Tang Zhenghao dan menjadi wanita kaya. Walau bagaimanapun, orang yang sememangnya jahat sukar untuk berubah. Su Qianci sangat tahu tentang wanita itu dan hatinya dipenuhi perasaan benci.

Sebaik mendengar kata-kata Monyet, Puan Tang ketawa sinis. "Kau tak baca berita? Suami aku dah bankrap dan anak perempuan aku hilang. Kalau tidak, buat apa aku kembali?"

Monyet terkejut mendengar kata-kata itu dan bertanya, "Bukankah anak Bos agak popular? Tengok ini."

Monyet menunjukkan laman Weibo kepada Puan Tang.

Monyet berkata, "Anak kamu gagal menggoda Li Sicheng dan kemudian diratah oleh orang asing ini. Video ini dah tular di internet dalam masa satu jam saja. Tengok ini, lebih setengah juta orang tekan butang suka dan ada 20,000 komen…"

Wajah Puan Tang berubah pucat sebaik sahaja dia menonton video itu. Ini… ini video yang telah digodam oleh Rong Rui sewaktu di bilik kerja Li Xiao!

Kenapa ia masih ada? Bagaimana ia boleh sampai ke Weibo?

"Tengok, ada berita terkini. Anak kamu sedang bersalin. Dia alami pendarahan teruk dan dibedah… Hei, apa kamu buat? Itu telefon saya!"

Puan Tang merampas telefon itu dan melemparkannya ke muka Su Qianci. Su Qianci merasakan mukanya menjadi kebas dan cahaya dari telefon itu menyilaukan matanya.

Monyet berjalan menghampirinya dan mengutip telefonnya kembali. Sebaik melihat wajah Su Qianci, matanya terus bersinar. "Hei Bos, inikah kejutan yang Bos beritahu? Cantiknya!"

Puan Tang tersenyum menyeringai dan menendang kaki Monyet. Lelaki itu terjatuh ke arah Su Qianci. "Apa yang cantik. Dia tak setanding kecantikan anak aku. Okey, hari ini hari bertuah kau. Aku dengar kau jatuh sakit selepas tidur dengan pelacur baru-baru ini. Kau ambillah perempuan ini untuk kau seorang."

Próximo capítulo