webnovel

Orang Tua Nakal

Editor: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng yang terkejut segera berlari ke arah Su Qianci dan menariknya bangun. Ketika itulah baru dia menyedari seluruh tubuh Su Qianci sangat panas. Su Qianci menutup mukanya kerana berasa amat malu untuk memandang Li Sicheng. Dia jatuh dari atas katil… ia teramat memalukan… Walau bagaimanapun, sebaik melihat dada bidang Li Sicheng dan merasakan kedinginan kulit lelaki itu, Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada melentokkan kepalanya ke lengan Li Sicheng. Dia melakukannya tanpa sedar. Sebaik tersedar apa yang sudah dilakukannya, dia telah berada sangat rapat dengan tubuh Li Sicheng.

Su Qianci mahu bergerak tetapi dia segera ditarik kembali. Li Sicheng menggunakan tangannya yang sebelah lagi untuk merasa dahi Su Qianci. Dahinya berkerut ketika dia berkata, "Kamu demam tapi kamu pergi berdiri di tepi tingkap!" Kemudian dia mengangkat Su Qianci dan meletakkannya di atas katil.

Su Qianci berasa semakin pening. Dia mencengkam baju tidur Li Sicheng dan berjaya menariknya ke bawah disebabkan tali yang mengikat baju itu tidak diikat kemas. Tiba-tiba dia ternampak luka panjang dari belakang lengan hingga belakang tubuh Li Sicheng. Luka itu telah menjadi parut tetapi belum sembuh sepenuhnya. Luka yang kemerahan itu jelas kelihatan pada kulit sawo matang Li Sicheng.

 "Kamu cedera?" Su Qianci terkejut dan cuba menyentuh luka itu.

Li Sicheng menyambar tangan Su Qianci manakala sebelah tangannya lagi mengikat semula tali baju tidurnya. Su Qianci tidak dapat mengelak daripada melihat ke bawah. Li Sicheng mengikat kembali baju tidurnya tetapi dengan tidak kemas. Su Qianci dapat melihat urat-urat ototnya dan merasakan mulutnya semakin kering. Wajahnya merah padam dan dia segera berpaling ke arah lain sambil mengipas mukanya dengan tangan. "Panasnya…"

 "Panas?" Dahi Li Sicheng berkerut. "Kamu demam, tapi kamu rasa panas?"

Su Qianci tidak berkata apa-apa. Matanya melemparkan pandangan kosong. Dia merapatkan kakinya dan menggosok pahanya antara satu sama lain di bawah baju tidurnya. Tetapi dia tidak dapat mengelak daripada merenung Li Sicheng.

Ghairah!

Li Sicheng dapat melihat perkara itu dengan jelas di dalam mata Su Qianci.

Apa yang berlaku?

Li Sicheng berpaling daripada pandangan mata Su Qianci, tetapi isterinya itu terus merenungnya dengan mata yang kelihatan merayu. Li Sicheng tunduk memandang wajah Su Qianci dengan mata yang dingin dan gelap. Pipi Su Qianci merah menyala manakala matanya bersinar dan penuh dengan pandangan nafsu.

Li Sicheng serta-merta faham. Dia menyangka Su Qianci sedang demam. Walau bagaimanapun, sebenarnya isterinya jelas sedang keghairahan. Tetapi kenapa…

Dia kemudian tersedar dan memikirkan sup sarang burung tadi berkemungkinan adalah penyebabnya. Tetapi Liu Sao memberitahunya Atuk yang menyuruh ia disediakan… Li Sicheng terkejut dan membentak dalam hatinya: Orang tua nakal!

Melihat Li Sicheng tidak bergerak, Su Qianci tidak lagi dapat menahan kepanasan yang dirasakannya. Dia bangun dan mencengkam baju tidur Li Sicheng. Walau bagaimanapun, dia segera tersedar ia tidak patut dilakukan lalu terus melepaskannya. Li Sicheng cuba menahan ketawa melihat Su Qianci menyelubungkan dirinya kembali dengan selimut. Perlahan-lahan dia pergi menutup lampu, membuka ikatan baju tidurnya dan berbaring di sebelah isterinya tanpa bergerak.

Próximo capítulo