webnovel

Berbelas sekaligus

Editor: EndlessFantasy Translation

Pemburu itu menutup mukanya, dia tidak sanggup untuk terus melihat kejadian itu. Berbelas-belas orang pengawal peribadi! Jika mereka melakukannya serentak… Pasti sukar menentukan posisi semua orang… Tetapi jika melakukannya seorang demi seorang, pasti…

Pemburu itu berasa simpati terhadap Rong Rui. Tetapi Li Sicheng kelihatan tenang seolah-olah tiada perasaan terhadap perkara yang bakal berlaku. Setiap orang dan setiap lelaki sangat berbeza. Dirinya dan bosnya ini sangat berbeza, fikir pemburu itu.

Rong Rui diangkat ke atas dan menjerit, "Li Sicheng… kau akan menyesal… ah… Jangan sentuh di situ! Bodoh! Lepaskan aku!"

Sebaik dia menyebut lepas, pengawal peribadi yang memegang buku lalinya betul-betul melepaskannya. Rong Rui jatuh muka dahulu ke lantai dengan bunyi yang kuat. Hidungnya tersembam pada lantai dan membuatkannya teramat sakit. Dia dapat merasakan darah mengalir keluar dari hidungnya.

Kemudian salah seorang pengawal peribadi itu duduk di atas tubuhnya. Rong Rui jelas dapat merasakan zakar pengawal itu mengeras dan menggesel tubuhnya. Rong Rui bergelut dengan kuat dan menjerit, "Tidak, tidak! Li Sicheng! Kau tak berhati perut! Kau akan terima balasan!"

"Kau sumpah aku?" Li Sicheng mengangkat sebelah keningnya sambil ketawa mendengus dan memandang Rong Rui acuh tidak acuh. Dia yang sedang duduk di sofa kelihatan seperti dewa dengan wajahnya yang tampan dan cahaya samar-samar yang berada di belakangnya. Dia menyilangkan kakinya dan bertanya perlahan, "Kau nak aku lepaskan kau?"

Sudah tentu! Tiada sesiapa mahu dicabul apatah lagi oleh berbelas orang lelaki pada masa yang sama! Jika Rong Rui betul-betul dirogol oleh mereka… dia tidak akan dapat diselamatkan.

"Merayu kepada aku." Tiga perkataan itu keluar daripada bibir nipis Li Sicheng.

Rong Rui merenungnya tajam sambil mengetap gigi dan tidak menjawab.

"Kita tengok jika Tuan Muda Rong betul-betul ikhlas."

Rong Rui kelihatan seperti sedang berlawan dengan dirinya sendiri. Tiba-tiba pengawal yang berada di atasnya bergerak dan membuatkannya ketakutan, lalu dia segera berkata, "Aku merayu."

Li Sicheng mengangkat sebelah kening sambil memandang Rong Rui dengan tenang.

"Aku merayu pada kau, Li Sicheng. Tolong lepaskan aku!" Wajah Rong Rui merah padam ketika dia memandang Li Sicheng dan menyambung, "Tolonglah lepaskan aku! Aku tak akan cari pasal dengan kau lagi selepas ini. Aku bersumpah atas nama keluarga aku. Kalau aku mungkir janji, aku akan dipanah petir."

Li Sicheng kelihatan puas hati. Tetapi dia mencebikkan bibirnya dan berkata, "Nampaknya Tuan Muda Rong tak tahu apa maksud merayu."

Riak wajah Rong Rui berubah dan dia mengetap giginya. "Jangan tamak!"

Li Sicheng membuat isyarat dengan tangannya dan pengawal di atas tubuh Rong Rui menggerakkan punggungnya.

"Tunggu!" Rong Rui berasa jijik kerana ditindih seorang lelaki tanpa ada apa-apa melindungi tubuhnya. "Suruh dia pergi dulu."

Mendengar kata-kata itu, Li Sicheng mengisyaratkan kepada pengawal peribadi itu supaya pergi. Pengawal itu bangun lalu Rong Rui terus berdiri sebelum dia melutut di hadapan Li Sicheng. Sambil mengetap giginya, Rong Rui berkata, "Seorang lelaki tak patut melutut, tapi aku hanya ada satu nyawa. Li Sicheng, tolong lepaskan aku."

"Bukan ini yang aku mahu."

Rong Rui berasa berang lalu cuba menerkam Li Sicheng. Tetapi dia segera ditahan oleh beberapa pengawal peribadi. Rong Rui menyumpah dengan marah, "Celaka! Li Sicheng, kau sengaja mainkan aku?"

Li Sicheng mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkannya kepada Rong Rui sebelum mendail nombor Tang Mengying.

Dia memandang Rong Rui dan berkata perlahan, "Keputusan terletak di tangan dia sama ada untuk bebaskan kau atau tidak. Kalau dia nak selamatkan kau, kau akan baik-baik saja. Tapi kalau tidak…" Li Sicheng menjeling pengawal-pengawal peribadi di belakang Rong Rui lalu tersenyum sinis. Maksudnya sudah jelas.

Próximo capítulo