webnovel

Jiang Wu yang berasa terkejut lantas menjawab, "Ya, Tuan!" dan beredar secara senyap, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Surat itu telah dilekatkan kemas jadi dia tidak berani untuk mengintip isi kandungannya. Semasa dia berjalan di sepanjang koridor, dia tertanya-tanya sama ada terdapat sebarang kebenaran dalam khabar angin yang keluarga maharaja mempunyai niat untuk membentuk sebuah pakatan perkahwinan dengan Yan Bei. Sekiranya benar, adakah keturunan masa depan Song mempunyai nama keluarga Nalan atau Yan? Adakah pembunuhan Raja Taiping itu sebenarnya satu kejayaan?

Tidak ada gunanya buat sesiapa untuk meneka pemikiran para pemerintah empayar. Tidak lama kemudian, Jiang Wu tiba-tiba terasa tergoda dek aroma yang menyelubungi sekitar kawasan dapur dan memutuskan untuk mencuri tulang..,

Di dalam kamar pula, Xuan Mo bersandar pada kerusi bercorak naga yang telah terukir di atasnya, menutup matanya perlahan-lahan. Tidak lama kemudian, berita tentang perjanjian di antara Yan Bei dan Song telah merebak di sekitar Meng Barat. Tidak menghairankanlah kedua-dua negara ini akan membentuk satu pakatan setelah kedua-duanya kini sedang berada dalam konflik berat. Tidak lama kemudian, angkatan laut Song telah menjajah Laut Huangfu yang berada tidak jauh dari Xia, bersedia untuk memulakan tindakan ketenteraan bersama Yan Bei.

Malam itu, kesunyian yang menyelubungi diri telah melitupi Sempadan Baizhi. Kawasan itu telah lama kehilangan kemegahan lamanya semenjak penjajahan pasukan Yan Bei.

Pada waktu awal malam, sekumpulan tentera berpakaian hitam bersama corak-corak minyak di muka mereka sebagai penyamaran bergegas menghampiri pintu gerbang dalam kegelapan. Chu Qiao berdiri di tengah-tengah kumpulan tentera tersebut, di mana dia mengulangi peraturan-peraturan buat operasi yang akan datang.

"Pertama, jangan berasa ragu-ragu untuk membunuh sesiapa sahaja yang muncul sebagai ancaman yang berpotensi untuk memberi amaran kepada orang lain tentang kehadiran kami.

Kedua, pasukan satu akan menyebabkan sebanyak kekacauan yang mungkin di dalam bandar ni. Pasukan dua akan menuju ke arah timur laut dan mengganggu kandang kuda di sana, mewujudkan ilusi serangan besar-besaran Xia yang akan menyebabkan panik di kalangan pengawal di bandar.

Ketiga, yang lain akan bersiap sedia di luar bandar. Mereka akan bersedia untuk menerima rakan-rakan mereka dengan cepat supaya dapat menjaga keselamatan semua orang."

Saat semakin berlalu pergi melalui peredaran masa. Sebaik sahaja semboyan isyarat jam 11 malam itu, kumpulan pertama yang diketuai oleh He Qi berlumba menuju ke arah Sempadan Baizhi. Pada masa yang sama, kumpulan kedua telah memulakan perjalanan mereka ke arah timur laut di mana kuda-kuda sudah bersiap sedia.

He Qi yang sedang memimpin beberapa orang tenteranya yang paling elit itu tidak mengambil masa yang lama buat mereka untuk menghilang di sebalik kegelapan. Chu Qiao telah diiringi oleh beberapa orang pengawal peribadinya ke dalam hutan yang padat dan menunggu dengan senyap, memikirkan rancangannya yang terperinci itu untuk mencari sebarang kekurangan dan kelemahan.

Sekali, dua kali, tiga kali.

"Baiklah, semuanya pasti akan berjalan dengan baik." Dia menarik nafas panjang ketika dia sedang menunggu isyarat seterusnya dengan senyap.

Sejam kemudian, bunyi telapuk kaki kuda yang menderap menggegar bumi sambil diiringi dengan bunyi seruan para tentera yang bergema melalui udara. Jumlah debu besar yang telah dihasilkan akibat kuda-kuda terikat pada pokok yang sedang cuba melarikan diri telah menghalang cahaya bulan. Pemandangan tersebut telah memberikan sebuah ilusi yang tentera besar-besaran sedang menunggang kuda dan semakin menghampiri bandar tersebut. Penduduk Bandar Sempadan Baizhi lantas tergamam, perhatian mereka semua tertumpu ke arah timur laut.

Tidak lama kemudian, pintu gerbang di bahagian timur laut bandar segera dibuka. Dua kumpulan peninjau lantas bergegas keluar namun mereka serta-merta dibunuh oleh para tentara elit Xiuli yang sedang menunggu mereka di luar.

Ia hanya telah mengambil selama sejam sebelum api marak menjilat bandar. Chu Qiao berdiri dan memerintahkan, "Sudah tiba masanya! Mari kita pergi!"

Kapal yang telah disediakan sebelum ini segera dipindahkan ke tebing Sungai Chishui di mana Chu Qiao dan pasukan tenteranya segera bergerak ke arah Tang.

Pasukan Tentera Yan Bei terdiri sepenuhnya daripada pasukan tentera berkuda ringan dan pasukan berperisai lengkap berat, tanpa tentera laut atau pasukan amfibia. Kerana mereka telah mengambil alih Sempadan Baizhi dengan cepat, ia agak mustahil buat mereka untuk mengawal kawasan perairan yang luas itu secara sepenuhnya. Dengan musuh yang sedang menyerang dari dalam dan luar, Sungai Chishui merupakan laluan yang paling sesuai untuk mengembara ke arah Tang pada masa ini.

Mereka telah berkeliaran buat kurang dari setengah jam sebelum mereka mendengar beberapa bunyi di hadapan sungai. Mereka segera mengambil anak panah dan melepaskannya dari busur dengan kekuatan maksimum sebelum jeritan tajam dapat terdengar dalam kegelapan tersebut. Dengan serta-merta, langit malam segera disuluhkan dek beberapa ratus obor, lantas mendedahkan lebih daripada 500 kapal perang yang disembunyikan dalam kegelapan di mana berpuluh-puluh tombak panjang ditujukan terus kepada mereka.

Seorang pegawai Yan Bei berdiri di atas kapal perdana sebelum meraih tinggi pisaunya ketika dia memerintahkan, "Semoga kematian dijatuhkan kepada para pengkhianat!" Dengan anak panah mereka yang telah tersemat kemas pada busar, pegawai itu segera mengayunkan pedangnya. Ia merupakan sebuah isyarat buat tenteranya untuk menarik picu dan lantas melepaskan seombakan anak panah ke arah Chu Qiao dan pasukan tenteranya.

"Lompat!" He Xiao tiba-tiba berseru. Dalam seketika, tentera-tentera Xiuli melompat ke dalam sungai itu. Ribuan anak panah tersebut kemudiannya mencucuk bot mereka tanpa meninggalkan sebarang jejak darah.

"Komander, mereka semua dah melompat ke dalam sungai!" Suara seorang askar berteriak.

Seorang askar lain berseru hampir dengan serta-merta, "Jeneral! Kapal kami dah bocor!"

Tidak lama kemudian, banyak kapal mereka telah dihancurkan sebelum ditenggelami air. Dalam sekelip mata, tiga kapal perang bersama kru mereka telah tenggelam ke dalam sungai. Tentera Yan Bei yang tidak dapat berenang terpaksa memegang serpihan yang terapung manakala jeritan meminta pertolongan bergema kuat di seberang sungai,menambahkan lagi kehuru-haraan suasana.

"Mereka berada di bawah kami!"

Jeneral dengan marahnya telah memerintahkan, "Gunakan tarpil batu! Gunakan tombak! Hancurkan mereka! Tikam mereka sampai mati!"

"Jeneral! Tentera kami ada yang sedang berada di dalam sungai! Kita tidak boleh berbuat begitu!"

"Berambuslah!"

Tentera tersebut lantas berasa marah dan terasa seperti ingin menengking kembali, namun dia telah dihentikan oleh salah seorang rakan seperjuangannya. Askar itu menyatakan dengan marah, "Perintah kami dari Tuanku ialah menangkap musuh hidup-hidup!"

Tentera lain lantas menjawab tergesa-gesa, "Hidup-hidup? Kita pun tak tahu sama ada kita boleh menangkap orang yang dah mati, apatah lagi yang hidup!"

Tarbil batu mula muncul tidak lama selepas itu, memantulkan cahaya dari obor yang sedang terang dinyalakan. Dengan perasaan amarah, jeneral tersebut lantas mengarahkan tenteranya untuk menyiap-nyediakan tarbil tersebut dengan segera. Barisan tentera yang bersenjatakan tombak mengambil kedudukan mereka. Ketika itu, tarbil-tarbil dan tombak mula mendarat ke dalam air sambil melitupi langit. Air sungai mula berubah menjadi merah.

Selepas gelombang serangan yang bagaikan tidak berkesudahan itu, permukaan sungai mula menjadi tenang semua. Kemusnahan bot-bot itu secara langsung terpampang jelas, menunjukkan kehebatan yang telah digunakan oleh pasukan Chu Qiao. Serpihan bot yang telah dihancurkan itu hampir berjumlah lebih kurang 1,000 keping tidak lama lagi berkumpul di sekitar kapal-kapal perang Yan Bei. Ia segera membentuk sebuah jambatan di antara kapal-kapal tersebut.

Ketika kehuru-haraan itu terhenti, para askar Yan Bei memandang satu sama lain dalam kekeliruan dan bertanya, "Bukan ke mereka semua dah mati? Kenapa badan mereka tak terapung ke permukaan air?"

"Tengok!"

Semua orang segera berpaling ke arah suara tersebut hanya untuk melihat kepala yang tidak terhitung banyaknya muncul dari sungai yang terletak di belakang mereka. Sebaik sahaja mereka muncul di permukaan air, mereka semua terus membuka baju dan menggulungkannya bersama-sama. Mereka telah menggunakan arus sungai yang deras tersebut untuk bergerak ke hilir.

Jeneral yang masih berasa terkejut dan marah itu terus bertanya, "Apa itu?"

Seorang veteran perang menjawab dengan suaranya yang diselaputi dengan sedikit keraguan, "Nampaknya bot-bot itu diperbuat daripada kulit biri-biri."

"Kejar mereka!"

"Jeneral, serpihan itu terlalu tebal untuk kita bergerak. Kita akan tersangkut di sini untuk seketika."

Jeneral itu berdiri tercegat di tempatnya dengan kepanaan yang tidak disangka-sangka. Walaupun jumlah angka ahli tenteranya melebihi pihak musuh, mereka telah melarikan diri dari cengkamannya. Hampir 60,000 tentera Yan Bei yang berada di atas kapal-kapal hanya dapat melihat para musuh mereka di dalam sungai yang semakin menghilang di sebalik kegelapan.

Selepas Chu Qiao bergabung dengan He Qi dan tenteranya, dia telah memulakan perhitungan bilangan pasukannya dengan segera di mana akhirnya dia mendapat tahu lebih 3,000 orang tenteranya yang telah tewas dalam pertempuran tersebut. 2,000 orang telah dibunuh dek tarbil-tarbil dan tombak yang digunakan oleh askar Yan Bei.

Namun, inilah pengorbanan kecil yang harus diambil Chu Qiao kerana majoriti rombongannya telah berjaya melepasi Sempadan Baizhi. Itu sendirinya boleh dianggap sebagai sebuah pencapaian yang besar. Walaupun mereka telah berangkat daripada Sempadan Baizhi, namun peperangan itu belum lagi tamat. Pertamanya, mereka telah menarik perhatian seluruh tentera Yan Bei dan tanah besar di belakang Sempadan Baizhi yang masih dikuasai tentera Yan Bei.

Chu Qiao telah mengetuai pasukannya ke dalam hutan, di mana mereka perang pertama dengan pihak musuh telah berlaku dua hari kemudian. Kedua-dua pasukan telah menyertai lebih dari 20 pertempuran dalam masa tiga hari selepas itudan sebahagian besar daripada pertempuran-pertempuran tersebut telah dimenangi oleh Pasukan Tentera Xiuli di bawah pimpinan Chu Qiao. Lagipun, mereka lebih mahir dalam pertempuran jarak dekat dan peperangan gerila, sedangkan tentera Yan Bei lebih mahir dalam pertempuran berkuda. Di bawah kepimpinan Chu Qiao, dia dan pasukan tenteranya telah bertempur sambil berlumba ke arah kawasan yang telah berada di bawah jajahan keluarga maharaja Tang.

Namun, ketika mereka bakal bergerak keluar dari hutan untuk memasuki sempadan Hanshui, Yan Bei tiba-tiba telah membakar laluan mereka. Kebakaran itu telah berterusan selama empat hari, di mana ia telah marak membara di seluruh kawasan pergunungan Qiutang, membunuh dan mencederakan ramai orang awam yang terperangkap di kawasan itu.

Chu Qiao yang langsung tidak mempunyai sebarang harapan yang tinggi itu terpaksa membawa pasukannya keluar dari kawasan pergunungan terlebih dahulu. Oleh disebabkan api yang membara itu telah merosakkan petunjuk arah mereka, pasukan tentera Chu Qiao telah menyimpang dari laluan asal mereka dengan jarak 150 kilometer. Walaupun dengan bimbingan tentera veteran Pasukan Tentera Serigala yang sudah biasa dengan kawasan itu, mereka masih terjerat dengan tentera Yan Bei pada

keesokan harinya.

Kedua-dua pihak telah mengalami kecederaan berat dalam pertempuran di Dataran Likang. Chu Qiao mengetuai pasukannya yang seramai 3,000 orang tentera elit itu untuk menyusup masuk ke pangkalan musuh ketika jeneral pasukan mereka telah mengalami kecederaan teruk diluka akibat anak panah yang sesat. Namun, pasukan Yan Bei tetap kekal tenang dan teratur, bertahan keras kerana mereka bukanlah tentera yang akan menyerah tanpa jeneral tertinggi mereka.

Mobiliti lemah dan kurang fleksibel sebagai pasukan gabungan, bersama-sama dengan sejumlah besar kuda yang ditangkap dalam peperangan, telah menyebabkan Chu Qiao untuk mencipta sebuah taktik baru selepas pertempuran mereka di Dataran Likang. Dia menyusun semula tentera ke dalam sepuluh kumpulan kecil di mana masing-masing terdiri daripada 4,000 orang askar. Setiap kumpulan telah ditugaskan pada setiap satu kilometer dan akhirnya bertemu di Sempadan Hanshui dalam bentuk kipas.

Namun, ketika mereka memasuki Daerah Nanli, Chu Qiao tiba-tiba berasa sakit. Dia telah mengalami ketidakselesaan fizikal dalam tempoh lima hari lalu apabila rasa sakit tajam menikam-nikam perutnya. Dia berasa pening dan lemah pada anggota badannya dan dilanda demam. Namun, dia tetap gagah untuk meneruskan perjuangannya dengan tekun dan tekad walaupun dalam keadaan panas dan keadaan terdesak. Pada masa ini, dengan perhentian sementara dari konflik terhadap Yan Bei, kesihatannya telah mulai merosot secara fizikal dan mental. He Xiao menempatkan beberapa orang tentera di luar pintu-pintu kota Nanli untuk memulihkan keadaan Chu Qiao walaupun telah dibantah keras wanita itu. Walaupun keadaan Tang telah menjunam ke dalam huru-hara akibat Yan Bei, kerosakan dan kemusnahan bandar-bandar tersebut tidak mampu menandingi keadaan di Xia. Kebanyakan bandar-bandar berjaya mengekalkan semangat mereka, di mana satu-satunya kesan konflik ialah harga sesetengah produk yang kian meningkat.

Ketika He Xiao menghantar orangnya untuk mencari seorang doktor, Chu Qiao yang awalnya mengantuk dan letih mendapati dirinya tidak dapat tidur. Dia terbaring semula di atas katil yang bersih dan mengelamun ke arah langit, merasakan tumpuannya melayang seperti awan di atas.

Apabila pasukan Yan Bei mengejar mereka, mereka telah berulang kali menggelarkan mereka sebagai pengkhianat. Ini bermakna identiti beliau telah diketahui oleh para askar. Jelas sekali Yan Xun yang cerdik telah menduga wanita itu satu-satunya orang yang mampu melancarkan operasi penyelamatan yang berani untuk menempuhi Sempadan Baizhi.

Ia juga bermaksud Yan Xun akan membunuhnya.

Ia masuk akal juga sebenarnya. Yan Xun dan Puteri Jingan telah membentuk sebuah pakatan sementara tujuan Chu Qiao pula ialah membantu Li Xiuyi. Sebagai pemimpin Sempadan Baizhi, mestilah munasabah yang dia akan membantu sekutunya untuk menghalang Chu Qiao daripada melepasi Sempadan Baizhi. Sedangkan hubungan keluarga pun tidak dikira di medan perang, apatah lagi hubungan mereka.

Dia memahami semua ini.

Yan Xun bukan lagi seorang kanak-kanak yang meromok ketakutan di sudut Istana Sheng Jin. Dia tidak lagi perlu menderita di bawah tangan orang lain, dia kini telah menjadi lebih berani dan kejam dalam keputusannya ketika dia menguatkan lagi pengaruh kuasanya.

Tidak lama kemudian, para doktor akhirnya tiba untuk memeriksa denyutan nadi Chu Qiao, dengan He Xiao yang cemas sedang memerhatikannya dari belakang. Doktor tua berjanggut putih itu berdiam diri sebelum dia tersenyum dan berkata kepada He Xiao, "Tahniah, isteri kamu mengandung."

He Xiao berasa bingung sebelum membetulkan doktor itu dengan segera, "Tak masuk akal betullah. Saya ini bukan pasangan dia, saya hanya salah seorang pengawal peribadi dia saja."

Setelah mendengar hal ini, doktor tersebut memohon maaf berulang kali dan meminta maaf dari He Xiao. Dia menjelaskan yang dia telah menyangka dialah bapa kepada anak itu kerana dia telah melihat kegugupannya.

Perbualan di antara He Xiao dan doktor tua itu berterusan, manakala Chu Qiao tergagap dengan mulutnya yang terlopong sedikit.

'Apa yang dia katakan? Tahniah? Aku mengandung?'

Próximo capítulo