webnovel

Dia Bukan Sahaja Tak Ada Batas, Dia Juga Simpan Dendam

Editor: EndlessFantasy Translation

Tidak jelas sudah berapa kali Tangning mengadakan sidang media sejak dia debut. Jadi, kali ini tidak berbeza dengan sebelum ini. Ada ramai wartawan bertemankan bunyi kerdipan kamera datang daripada lautan kamera hitam.

Semua orang ini mahukan berita paling mengejutkan, jika ia tidak benar sekalipun.

Bukan itu sahaja, mereka tiba dengan mata penuh soalan, seperti sekumpulan mesin tidak berperasaan.

Walaupun Tangning tiada kaitan dengan kematian Xu Xin, dia masih menunjukkan rasa hormatnya dengan mengenakan sepasang gaun hitam labuh dan tidak memakai solekan tebal.

Semua orang memerhatikan Tangning ketika dia melangkah ke atas pentas dengan kasut tumit tinggi hitamnya, ditemani beberapa orang pengawal peribadi. Sementara itu, Mo Ting duduk di bawah pentas. Wataknya hari ini hanya sebagai pemerhati.

Tetapi, kemunculan Mo Ting secara semula jadinya mencetuskan ketakutan dan campuran perasaan kompleks bagi para wartawan.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo