webnovel

Jangan Berlagak Lemah di Hadapan Saya

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kami datang khusus untuk jumpa kamu. Tak perlu beritahu Zihao."

Chen Xingyan tunduk memandang telefon yang hancur di atas lantai dan kemudian memandang dua orang tua yang mengawal di hadapannya. Dia sangat marah hingga tangannya mula menggeletar.

Bapa Yun dapat mengesan Chen Xingyan sudah hampir melampiaskan amarahnya. Jadi, dia segera menarik Ibu Yun ke belakang untuk melindunginya. Kemudian, dia berkata kepada Chen Xingyan, "Kalau kamu marah, halakan marah kamu pada saya. Jangan kamu berani sentuh isteri saya. sejujurnya, bukannya kami tak nak beri Zihao kahwin, kamu cuma tak cukup bagus untuk menantu kami."

Tsk tsk… sepasang ibu bapa yang berani dan yakin betul!

Mata Chen Xingyan berubah merah. Dia sangat marah hingga air mata mula bertakung di matanya.

Namun, kata-kata yang Tangning cakapkan dahulu padanya, tiba-tiba muncul di fikiran. Jika dia tidak mahu dibuli, dia tidak patut bertahan jika dia perlu berlawan hingga dunia tunggang terbalik.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo