Seorang artis lelaki terkenal dijemput ke majlis itu sebagai jurucakap. Ketika dia muncul di karpet merah, beberapa orang peminat menjerit keterujaan. Ini sudah dijangkakan. Tetapi, tiada sesiapa mempertimbangkan kenyataan yang jenama wangian terkenal ini mempunyai rakan perniagaan penting – Syarikat Tang.
Jadi, satu susuk tubuh cantik muncul di hadapan pihak media dan orang ramai tidak lama kemudian. Mulanya, semua orang terpegun, tetapi mereka segera bertindak balas dan menekan kamera dengan bersungguh-sungguh.
"Kenapa Tangning di sini? Bukan ke khabar angin cakap dia dah disekat dari industri? Macam mana dia boleh datang ke sini?"
"Khabar angin tak boleh dipercayai. Tengok pada gaya Tangning, dia tak terkesan langsung."
"Tangning mesti muncul untuk hapuskan khabar angin."
"Tangning, tengok sini dan berikan kami senyuman!"
"Tangning…"
...
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com