webnovel

Siapa Perempuan Simpanan Sebenarnya?

Editor: EndlessFantasy Translation

"Pengerusi… peguam Hai Rui ada di luar." Pembantu Orang Tua Tang berkata kepadanya semasa lelaki itu ralit melayan fikiran di dalam bilik bacaan. "Tuan nak saya…"

"Biar mereka masuk." Orang Tua Tang melambaikan tangannya dengan lemah.

"Tapi…"

"Inilah karma." Orang Tua Tang terbatuk beberapa kali. "Kalau saya tak manjakan Tang Xuan, mungkin keadaan tak jadi huru hara macam sekarang."

"Saya jelas sekali tahu Tangning tak bersalah, tapi saya tak tahu kenapa, bila saya nampak Tang Xuan hampir bunuh diri, saya andaikan Tangning akan faham tindakan saya dan terima macam biasa." Orang Tua Tang menggumam. "Nampaknya, saya dah terlalu lukakan dia."

"Saya datuk yang teruk."

"Pengerusi…" Pembantunya cuba memujuknya dengan lemah. Namun, dia cukup sedar yang Keluarga Tang sudah melampau kali ini. Jadi, tiada pujukan mampu dituturkan bibirnya.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo