webnovel

Ada Keberanian Untuk Berfikir, Tiada Peluang Untuk Bersuara

Editor: EndlessFantasy Translation

Memandangkan Han Ruoxue mahu menguasai Tangning, dia, Lin Wei dan Han Yufan berkumpul di dalam bilik mesyuarat pada awal pagi untuk membincangkan rancangan mereka untuk masa akan datang. Tangning tidak dijemput ke mesyuarat itu. Alasan mereka ialah kerana mesyuarat tersebut hanyalah satu perkongsian idea. Namun, Lin Wei sudah tahu akan niat sebenar Han Ruoxue. Han Ruoxue hanya menganggap Tangning sebagai buah catur. Tidak kiralah setinggi mana pun status Tangning, Han Ruoxue masih tetap akan mengekalkan kuasanya untuk mengawal artis.

Lin Wei memancarkan tawaran-tawaran kerja Tangning pada skrin projektor. Kesemuanya sebanyak 23 tawaran! Melihatkan jumlah ini, Han Yufan terperanjat! Dalam kalangan tawaran itu, tidak ada tawaran yang lebih rendah daripada majalah kelas kedua. Han Yufan langsung tidak menyangka yang orang ramai begitu memandang tinggi pada Tangning.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo