webnovel

Membalas Perbuatan Pasangan Curang

Editor: EndlessFantasy Translation

Dan begitulah bermulanya era kejatuhan seorang peragawati…

Tapi, melihatkan suasana yang berlaku, cerita Tangning tidak berakhir di situ.

...

Sejujurnya, Tangning tidak pernah menyedari betapa beraninya dia. Dia sudah mengahwini seseorang yang tidak dikenali! Tapi, perkara itu sudah pun berlaku. Dia tidak akan sekali-kali menyesali keputusan yang dibuatnya.

Tangning kembali ke keretanya. Dia baru sahaja mahu menghidupkan enjin kereta dan pulang ke rumah apabila dia menerima panggilan telefon daripada Han Yufan.

"Tangning… di manakah kamu berada sekarang?"

"Di hadapan Pejabat Urusan Awam. Saya sudah mahu pulang ke rumah," Tangning menjawab selamba, menyembunyikan emosinya.

"Yurou ada pertunjukan yang sangat penting. Saya perlukan kamu untuk menggantikannya sekarang juga. Saya akan beritahu jurusolek untuk sediakan topeng. Tiada orang akan tahu bahawa ianya kamu," arah Han Yufan dengan nada orng utusan. "Memandangkan Yurou cedera, kamu terpaksa menderita sedikit…"

"Bukankah kamu beritahu yag Cik Mo cedera di atas pentas? Kalau betul begitu, pihak media sudah tentu tahu yang dia berada di hospital sekarang…"

"Tapi saya sudah arahkan seseorang untuk memberi kenyataan bahawa dia tetap akan hadir walaupun dia cedera. Saya suruh kamu pergi, jadi pergi sahaja lah!"

Dia benar-benar tidak tahu malu. Sudah beberapa kali Tangning terpaksa melakukan perkara bodoh begini untuk Mo Yurou.

Nampaknya, dia dipergunakan. Walau bagaimanapun, Tangning tidak akan membiarkan hal ini berlanjutan!

Tangning bertenang dan mengangguk. "OK, maklumkan pada saya waktu dan tempatnya. Saya akan ke sana sekarang."

"Tangning, kita sudah hampir berkahwin tidak lama lagi. Tolonglah beri galakan kepada Yurou. Kariernya sedang meningkat naik sekarang."

"Sudah tentulah saya akan memberinya galakan…" Tangning membalas dengan maksud tersembunyi.

"Saya putuskan dahulu panggilan kalau begitu. Jom makan malam bersama nanti. "

Han Yufan langsung tidak tahu bahawa situasi sudah berubah. Mungkin sekarang dia sedang berada di sisi katil Mo Yurou dan menjaga kekasih hatinya dengan penuh kasih sayang. Tangning memutuskan panggilan tersebut sebelum menghubungi pengurusnya. Pengurusnya segera membalas dengan berang:

"Presiden Han mahukan kamu menggantikan peragawati kelas B itu? Dia bergurau kah? Kalau kamu tidak mengundurkan diri daripada perhatian media, perempuan itu tentu tidak dapat bertahan dalam industri ini."

"Long Jie, saya sudah bersetuju…" Tangning membalas dengan tenang.

"Memang awak perlu pergi kah?" Pengurusnya hampir memuntahkan darah kerana tidak percaya.

Tangning dan Mo Yurou merupakan peragawati yang berada di bawah Tianyi Entertainment. Tetapi, kerana keputusan Tangning untuk bersara, pengurusnya turut diperlekeh dan diejek bersama.

Tangning tahu pengurusnya mahu memperjuangkan ketidakadilan bagi pihaknya. Dia cuba meyakinkan pengurusnya dengan berkata, "Saya tidak akan menjadi sebegitu bodoh lagi. Saya tidak akan biarkan mereka mempergunakan saya!"

Mendengarkan kata-kata itu daripada Tangning, wajah pengurusnya bertukar ceria. "Jadi, maksud kamu, kamu sudah ada rancangan?"

"Long Jie, mulai detik ini, saya hanya boleh percayakan kamu. Boleh kah kamu tolong saya buat sesuatu?"

"Bagitahu lah." Pengurusnya setia kepada Tangning. Lagipun, mereka berdua berkongsi objektif yang sama.

"Mo Yurou sangat terdesak untuk meyakinkan pihak media yang dia akan menghadiri pertunjukan walaupun dengan kecederaannya. Dia tidak mahu kejadian ini menggugat kelayakannya memasuki 'Anugerah Peragawati Sepuluh Teratas'. Saya mahu kamu melawat Hospital Tian He."

"Saya sudah nampak apa yang kamu maksudkan. Saya perlu kumpulkan bukti yang dia masih berada di hospital semasa pertunjukan itu. Kemudian, dedahkannya kepada orang awam!" pengurusnya tersenyum girang.

"Tidak, saya ada berita yang lebih besar. Dia mengandung! Dan anak dalam kandungan itu ialah anak Han Yufan. Selain itu, tolong saya sediakan kenyataan yang menyatakan bahawa Han Yufan sudah beberapa kali menggunakan saya untuk menggantikan Mo Yurou dalam pertunjukannya. Pertunjukan mana? Itu saya perlukan pertolongan kamu untuk kumpulkan bukti."

Pengurus itu terkejut pada awalnya tetapi dia cepat cepat memahami mengapa sikap Tangning berubah secara tiba-tiba. Dasar pasangan curang tidak tahu malu! Bukan setakat curang, mereka telah menggunakan Tangning dengan mengarahkannya seperti boneka.

"Jangan bimbang Tangning. Saya akan bantu kamu buat semua ini."

Tangning tidak membalas. Dia berasa lebih tenang daripada biasa. Dia akan melayan mereka seperti mana dia telah dilayan oleh mereka!

Selepas menenangkan fikirannya, Tangning segera mengumpulkan barang miliknya dan memandu ke tempat pertunjukan tersebut untuk berjumpa dengan pembantu Mo Yurou.

Dia merupaka seorang lelaki yang sudah berkahwin dengan badan yang sangat sasa dan personaliti yang licik.

Dia masih sopan kepada Tangning. Walaupun Tangning sudah tidak lagi terkenal, keluarga Tang bukanlah boleh dipandang rendah begitu sahaja.

"Kenapa kamu begitu lambat? Cepat datang ke sini dan siapkan solekan kamu…"

"Apakah jenis pertunjukan untuk hari ini?" Tangning bertanya sambil tergesa-gesa berjalan di laluan.

"Tiada apa-apa yang istimewa!" pembantu itu membalas. Padahal, pertunjukan tersebut adalah pertunjukan barang kemas untuk jenama terkenal Perancis: HF.

Selepas pertunjukan ini, Mo Yurou akan mendapat peluang untuk menandatangani kontrak sebagai jurucakap HF. Sepatutnya, Mo Yurou sudah terlepas peluangnya kerana dia cedera. Tetapi, kerana cadangan Han Yufan untuk menggunakan Tangning, Mo Yurou tidak mempunyai sebarang bantahan.

Sebenarnya, dalam perjalanannya ke pertunjukan itu, Tangning sudah pun melakukan sedikit bacaan mengenai pertunjukan hari ini: Pertunjukan Barang Kemas Bintang Tiara.

Pembantu Mo Yurou sengaja menipunya. Adakah dia memang mudah ditipu selama ini?

"Kerana status Mo Yurou sekarang, kamu akan memperoleh bilik solek kamu sendiri. Kamu akan muncul semasa pentas akhir dan ini ialah barang kemas yang kamu akan peragakan. Ini jadualnya…" pembantu itu menerangkan sambil menuding ke arah barang kemas yang berada di atas pentas. Dia kemudiannya mengarahkan jurusolek untuk menyiapkan solekan Tangning.

Adakah Han Yufan merasakan bahawa dengan memberinya topeng untuk dipakai, orang awam tidak akan menyedari siapa dia sebenarnya?

Walaupun apa yang bermain di mindanya agak keterlaluan, dia akan memberikan pasangan curang itu satu kejutan yang tidak akan dapat dilupakan.

Sementara itu, pembantu Mo Ting mengekori setiap tindak tanduk Tangning. Dia telah terdengar bahawa Tangning akan menggantikan Mo Yurou dalam pertunjukan itu. Dengan segera, dia melaporkan semuanya kepada Mo Ting. Sebaik sahaja Mo Ting mengetahui hal itu, dia memberitahu pembantunya, "Saya akan menghadiri pertunjukan barang kemas HF. Sediakan apa yang patut."

"Baik, presiden."

Ini bukanlah pertunjukan yang istimewa, tetapi dia ingin melihat Tangning bertindak.

Jam 11. Muzik klasik bergema daripada dalam Pusat Hai Yi. Pertunjukan sudah bermula.

Di dalam bilik solek, solekan Tangning sudah selesai dan dia sedang berdiri di hadapan cermin dengan penuh debaran. Dia kelihatan begitu mengagumkan dengan berpakaian gaun putih ketat yang labuh. Ianya ringkas tetapi berkelas tinggi yang ditambah lagi dengan topeng emas yang memberikan aura misteri. Rambutnya disanggul dan dihiasi dengan sekuntum mawar putih.

Pembantu itu terkelu. Di dalam hatinya dia terfikir: Sekiranya Tangning berdiri tegak sahaja pun, dia pasti akan menarik perhatian semua orang di sekelilingnya. Mo Yurou pasti akan mendapat kontrak itu!

"Kamu akan turun ke pentas dengan kerusi yang akan diturunkan dari atas. Gelang ini ialah Bintang Tiara. Biar saya pakaikan pada kamu." Pembantu itu membuka kancing gelang itu dan meletakkannya berhati-hati pada Tangning. Walau bagaimanapun, Tangning lebih kurus daripada Mo Yurou dan itu menyebabkan gelang tersebut menjadi terlalu besar. Sekiranya dia mengangkat tangan, gelang itu akan melurut jatuh.

Gelang ini direka khas oleh pengasas HF untuk anak perempuan kesayangannya. Di tengah-tengah gelang emas itu, ada tiara yang dihiasi dengan berlian putih. Kedua-dua sisi tiara itu diindahkan lagi dengan dua bintang kecil yang dihasilkan daripada batu permata putih yang suci dan kemas. Ianya melambangkan dua orang ibu bapa yang melindungi anak mereka yang berharga.

"Kamu tidak akan dapat memakainya. Apa yang patut saya buat?"

"Adakah kamu percaya pada saya?" Tiba-tiba Tangning bertanya kepada pembantu Mo Yurou.

"Pada ketika ini, saya hanya boleh percayakan kamu." Pembantu itu mengangguk. Tanpa sebarang penyelesaian, dia hanya mampu mempercayai peragawati itu. Ini adalah peluang keemasan Yurou untuk menjadi jurucakap. Jika dia gagal menjalankannya, Presiden Han pastinya akan memecat dia.

"Kalau begitu, tinggalkannya pada saya." Tangning meyakinkan dia.

"Cepat, bersiap. Kamu akan naik ke pentas tidak lama lagi!"

Dalam kelam-kabut itu, pembantu tersebut tidak perasan akan pandangan pada mata Tangning.

Próximo capítulo