Tidak berapa jauh dari situ, Zhuang Rongguang sedang memandang ke arah Lu Tingxiao dan budak yang mirip dengan lelaki itu. Dia menggumam dengan nada tidak berpuas hati, "Kakak Xi, ada ramai lagi lelaki dekat dunia ni! Kenapa Lu Tingxiao?"
Ning Xi mengangkat keningnya. "Sebab dia hebat!"
Zhuang Rongguang hampir tersedak tetapi dia tidak mampu membalas apa-apa sebaik sahaja dia memandang muka Lu Tingxiao yang tiada cela itu. Sebaliknya, dia berkata, "Tak menariklah! Anak dia pun dah tua sangat!"
"Maaf, saya paling sukakan budak tu!"
Zhuang Rongguang terkesima.
Ban Kecil yang gebu. Itu tak hebat langsung. Apa yang nak disukai tentang dia?
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com