Emak Su Yan lebih teliti dalam hal ini berbanding suaminya kerana Su Hongguang mempunyai seorang anak luar nikah yang sedang menunggu untuk mengambil tempat Su Yan pada bila-bila masa sahaja.
Dia berharap Su Yan akan mendirikan rumah tangga yang kukuh supaya perkahwinan itu dapat membantunya pada masa hadapan. Jika tidak, dia tidak akan membantah hubungan Su Yan dan Ning Xi sebelum ini.
Dia betul-betul sakit hati terhadap sikap tidak jujur keluarga Ning. Tidak hairanlah Ning Zhiyuan hanya memberikan aset kepada Ning Xueluo dan bukannya saham, tetapi dia telah berikan saham 10% kepada Ning Xi!
Sekarang, semuanya masuk akal.
Semua masih bergantung kepada status anak itu.
Akhirnya, Ning Yaohua menggunakan jalan terakhir. Dia mengambil sebuah fail daripada begnya dan menyerahkan fail tadi kepada Su Hongguang.
Su Hongguang merenung Ning Yaohua dan menerima fail itu dengan perasaan sangsi.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com