"Hai! Abang Senior Kedua!" Ning Xi menyapanya, kemudian dia mula minum.
Sebelum Tang Lang menyedarinya, Ning Xi sudah menghabiskan tiga botol wiski dan masuk botol yang keempat.
Mata Tang Lang terbuka luas. "Kenapa dengan kamu ni!? Apa yang dah jadi?"
Selepas menghabiskan botolnya yang kelima, Ning Xi terus naik ke atas pentas dan merampas mikrofon yang dipegang oleh penyanyi yang sedang menyanyi Ketika itu.
Orang ramai mula mengecamnya. "Hey! Apa yang kamu buat ni?"
"Mana pengawal keselamatan? Bawa dia turun pentas!"
"Dude! Saya tengah dengar Kevin nyanyi kot!"
Ning Xi menendang penyanyi yang bernama Kevin itu turun dari pentas. Malah dia juga telah menendang pengawal keselamatan yang cuba menghalangnya. Kemudian, dia memilih lagu yang bertajuk "Apa Yang Membuatkan Awak Cantik".
Kemudian kelab itu dipenuhi dengan muzik rancak.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com