webnovel

Kamu Hampir Cederakan Bayi Saya

Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Tianxin tidak menyangka perkara itu akan berlaku dan dia berasa risau. "Xiao Xi, dahlah! Jangan kejar dia lagi! Bahaya lah! Xiao Xi!"

Malangnya, Ning Xi tidak dapat mendengar kata-katanya.

Ning Tianxin bimbang sekiranya mereka berdua terluka jika mereka berterusan begitu. Dengan cemas, dia gegas berlari mengejar mereka berdua.

Mereka berdua tidak menyangka yang Ning Tianxin akan mengikuti mereka. Mereka tidak sempat berhenti dan berlaga dengan Ning Tianxin. Badan Ning Tianxin terjatuh ke belakang.

Ning Xi merasakan nyawanya hampir terputus dan Mo Lingtian berasa sangat takut sehingga hampir terkencing di dalam seluarnya. Nasib baik mereka sempat menahan badan Ning Tianxin daripada jatuh je bawah.

Ning Xi memandang ke arah perut Ning Tianxin. "Tak guna! Awak hampir cederakan anak saya!"

Mo Lingtian berasa menyampah. "Bukan anak saya ke?"

Ning Xi memandang lelaki itu dengan tajam. "Hmm? Awak cakap apa?"

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo