Ketika semua orang memandang Ning Xi, mereka berdiri malah orang-orang yang pernah mengabaikannya sebelum ini turut berdiri. Para pelakon baru yang masih di dalam latihan turut menyertai untuk memberikannya pujian.
"Ah! Bro Xi! Bro Xi, boleh bagi saya tandatangan tak? Saya peminat kamu!"
"Senior! Kamu hebatlah! Agaknya bila saya boleh jadi macam kamu?"
"Sis Xi, dah lama kamu tak datang sini! Nasib baik saya tak tukar waktu kerja saya hari ni! Boleh tak saya nak bergambar dengan kamu?"
Bukan hanya Ning Xi sahaja malah Xiao Tao juga turut dikerumuni oleh beberapa orang. Dia pernah menjadi pembantu Leng Manyun sebelum dia "diturunkan" pangkat menjadi pembantu Ning Xi. Ramai orang yang telah mentertawakannya tetapi sekarang cara mereka memandangnya juga telah berubah.
"Xiao Tao, kamu sangat bertuah! Sebelum ni kamu kerja dengan Kak Manyun dan sekarang Ning Xi pula dah terkenal!"
"Betul tu, nasib baik kamu ikut cakap Kak Ling. Kak Ling betul!"
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com