"Mungkin sebab dia suka sangat dengan gelang tu? Hehe… Kak Xi, saya tau yang pilih gelang jed tu untuk kamu! Saya tak tahu citarasa saya sangat bagus, hahaha"
Xiao Tao terus bercakap dan bercakap manakala Ning Xi mendiamkan diri kerana dia berasa tidak selesa.
Cara nombor lapan ni bertindak seolah-olah dikenalinya. Lebih-lebih lagi apabila dia terfikir yang dia melihat susuk tubuh badan yang dikenalinya sebentar tadi.
Ketika semua orang sedang menumpukan perhatian ke atas pentas, seorang lelaki berbadan besar dan sasa yang kelihatan seperti pengawal peribadi naik ke atas pentas. Dia berbisik kepada juruacara, kemudian menandatangan kontrak tersebut, membayarnya dan berlalu pergi.
100 juta! 100 juta… dia hanya tandatangan macam tu je.
Ada sesuatu yang tidak kena. Ketika lelaki itu pergi, dia tidak membawa mahkota itu bersamanya.
"Apa yang jadi? Dia tak nak mahkota tu ke?" Orang ramai terkejut.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com