Di kediaman Zhuang, selepas Zhuang Keer dan Zhuang Rongguang pulang ke rumah, Zhuang Rongguang menghabiskan masanya dengan mencari beg sekolahnya yang telah lama tidak dipedulikannya.
Semua buku-buku teks di dalamnya seakan-akan buku baharu. Malah ada kamus Bahasa Inggeris yang baharu dan sebuah kamus elektronik di dalamnya. Alat-alat tulis juga telah tersedia. Semuanya kerana Zhuang keer…
Zhuang Rongguang membersihkan habuk pada beg itu, kemudian dia mengeluarkan pakaian seragam sekolah yang dia tidak pernah dipakai dari dalam almari bajunya yang bersepah. Pada lencana sekolahnya tertulis "Sekolah Tinggi Hong Wen". Selepas menjumpai beg dan baju sekolahnya, dia mengambil sebilah pisau cukur. Dia masuk ke tandas dan memotong rambut menjadi gaya rambut pendek yang paling dibencinya.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com