"Maafkan saya kak… saya janji saya tak akan buat lagi."
Apabila dia melihat adiknya menangis, dadanya menjadi sesak tetapi pada masa yang sama dia berasa tidak berdaya.
Dia telah melihat sendiri bagaimana adiknya membesar. Dia sudah tidak berharap kepada adiknya dan dia tidak terlalu mengharapkan yang adiknya akan berjaya suatu hari nanti. Dia cuma mahukan adiknya mempunyai kehidupan yang menggembirakan dan selamat, tapi sekarang, dia hampir kehilangan nyawanya sendiri.
Dia sudah tidak tahu mahu buat apa lagi dengan adiknya. Dia nampak riak penyesalan di wajah adiknya tetapi dia masih tidak mempercayai budak itu. Mungkin adiknya akan kembali kepada perangai lamanya beberapa hari lepas ni. Siapa tahu?
Disebabkan oleh provokasi dari Ning Xi sebelum ini, Zhuang Rongguang telah meluangkan masa dan usahanya dalam latihan menembak tetapi ia tidak bertahan lama.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com