Mo Lingtian menyandarkan kepalanya di kerusi kereta sambil memandu tanpa arah tuju di atas jalan yang lengang.
Betul…
Cao Lirong dah mati…
Ziyao menjelaskan kepadanya yang Cao Lirong mempunyai alahan terhadap kacang tanah. Baru-baru ini dia tidak sengaja termakan produk yang berasaskan kacang tanah, sebab itu dia mati. Dari sudut perubatan, tidak ada apa-apa yang aneh mengenainya.
Walau bagaimapun, Cao Lirong telah meninggal dunia ketika keadaan masih huru-hara. Bagaimana dia mahu percaya yang kejadian ini adalah kebetulan dari awal hingga akhir?
Dalam penafian, dia tidak mahu berfikir yang di sebalik semua yang telah terjadi, Ziyao telah melakukan sesuatu…
Bagi dirinya, dia berasa sangat selesa dan serasi dengan gadis itu. Bagaimana gadis itu sanggup melakukan sesuatu yang berlawanan dengan prinsipnya hanya semata-mata kerana dendam peribadi?
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com