Masa yang janggal berlalu pergi.
Lu Xinyan mengetap gigi sambil menutup matanya. Dia baru sahaja mendapat kekuatan untuk bercakap di hadapan Lu Tingxiao, "Cik Ning, terima kasih sebab dah selamatkan saya! Saya nak minta maaf! Saya tak berniat nak tolak kamu. Saya betul-betul tak tahu yang kamu nak selamatkan saya! Maaf! Saya betul-betul minta maaf…"
Lu Tingxiao sudah agak yang perkara itu tidak akan terjadi dengan begitu mudah. Dengan ketangkasan Ning Xi yang hanya mahu menolong Lu Xinyan, mustahil dia akan jatuh dengan mudah. Selepas dia mendengar kata-kata wanita itu, ekspresi wajahnya berubah menjadi dingin.
Lu Xinyan hanyalah seorang wanita muda yang tidak dapat menahan tekanan dari Lu Tingxiao. Badannya menggigil. Dia sangat takut sehinggakan dia rasa dia boleh pengsan bila-bila masa.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com