webnovel

Mencuri Hati Tanpa Sengaja

Editor: EndlessFantasy Translation

Zhuang Keer kelihatan agak terkejut apabila dia melihat Ning Xi yang baru sahaja keluar dari bilik mandi. Ning Xi memakai baju tidur. Rambut hitamnya yang semula jadi kerinting masih lembap dan kulit mukanya yang putih gebu kelihatan berwarna merah jambu. Itu sudah cukup untuk membuatkan jantung Zhuang Keer berdegup laju.

Zhuang Keer kembali sedar dan berkata, "Rasanya saiz baju dalam kita sama, jadi saya bawa yang saya punya. Masih baru dan saya tak pernah pakai lagi. Sama juga dengan baju ni. Saya ada bawakan sup halia sikit ni, makanlah!"

"Baik!"

Selepas Ning Xi menyalin pakaiannya, dia memegang mangkuk sup halia panas itu dengan tangannya dan berasa sangat selesa. Dia rasa seperti tidak mahu bergerak langsung.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo