Pada mulanya, Guan Ziyao tak setuju dengan keputusan ayahnya untuk bawa Guan Zhichen bersama mereka. Dengan keadaan Si Cilik yang lemah sekarang ini, bawa Zhichen bersama dengan mereka seolah-olah perbuatan membangga diri. Walau bagaimanapun, ayahnya kata yang mereka sudah terlalu lama tak berjumpa dengan keluarga Lu dan mereka perlu tunjukkan genetik yang bagus daripada keluarga Guan. Oleh itu, Guan Ziyao pun bersetuju kerana dia rasa hal itu akan memberi manfaat kepadanya.
Guan Ziyao ingat Si Cilik tak akan muncul malam ini dan kalau dia muncul sekalipun, dia mungkin akan muncul sekejap sahaja. Siapa sangka perkara ini akan jadi begini? Apa yang dah silap?
Muka perempuan itu (Ning Xi) muncul dalam fikiran Guan Ziyao.
Berlakon sebagai orang gaji yang bawa Si Cilik untuk selesaikan soalan… perempuan itu bukannya bodoh, dia dah rancang semuanya! Dia memang dah rancang untuk memalukan mereka! Guan Ziyao dan ayahnya dah pandang remeh kepada dia!
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com