Lirik lagu ini betul-betul tak senonoh. Pada mulanya Ning Xi tak sukakan lagu itu, tapi selepas seketika, ditambah dengan kesan alkohol dan pandangan Lu Tingxiao yang lembut, dia jadi lebih tenang dan menyanyi dengan lebih baik. Tak ada sesiapa di dalam bilik itu boleh menafikan aura cinta mereka yang kuat.
Apa yang lebih mengejutkan ialah gandingan mereka betul-betul hebat! Mereka tak berinteraksi, bertentang mata pun tidak, tapi nyanyian dan perasaan mereka… seakan-akan mereka ialah pasangan yang sedang bercinta.
Lu Tingxiao ada aura yang dingin, tapi sekarang dia nampak seolah-olah dia baru turun ke bumi daripada kayangan.
Lu Tingxiao dan Ning Xi menyanyi bersama-sama, "Ke mari dan peluklah aku, cium aku seluruhnya, jiwa kita sedang tertawan"
Lu Tingxiao menyambung, "Rasa cinta memakan diriku."
Ning Xi menyambung, "Seperti bayangan di langit."
Lu Tingxiao menambah, "Tak ku hiraukan kesannya"
Ning Xi menyanyi bersama, "Bencana ini"
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com