Memandangkan krew drama itu menyuruhnya supaya cepat, Ning Xi hanya sempat berbincang sekejap dengan Ling Zhizhi sebelum membawa Xiao Tao bersamanya dan bergegas ke tempat penggambaran.
Dia akan memainkan watak sebagai cinta pertama Jiang Muye di dalam filem itu. Dia hanya perlu melakonkan adegan mereka berdua bersama sebelum wataknya mati, jadi ia agak mudah. Sekiranya semua berjalan dengan lancar, mereka akan habis dalam masa sehari.
"Kenapa awak ada dekat sini?" Jiang Muye memandangnya dengan curiga.
"Kak Zhizhi mintak saya tolong sebab kecemasan!" jawab Ning Xi.
Jiang Muye mengalihkan pandangannya ke arah Lei Ming yang berada di tepi.
Lei Ming menelan air liur dan menggumam, "Ni semua sebab kamu la tak puas hati dengan semua gadis yang kamu dah tengok. Saya tak ada pilihan lain dan terpaksa pinjam seseorang daripada Zhizhi…"
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com