"Tengok ni." Lu Tingxiao menghulurkan sebuah dokumen kepadanya.
"Apa ni?" Ning Xi mengambil dokumen itu dengan riak wajah yang curiga. "Hmm, polisi kerja? Pertama, tak boleh bekerja lebih enam jam sehari? Err, tak sikit sangat ke tu? Kalau ikut undang-undang, waktu bekerja maksimum adalah lapan jam!"
Ning Xi menggumam perlahan. Tetapi, dia cepat-cepat mengunci mulutnya selepas melihat Lu Tingxiao sedang merenungnya dengan tajam. Dia menyambung bacaannya, "Kedua, dilarang minum arak berlebihan. Ketiga, makan tiga kali sehari. Keempat..."
Akhirnya, Ning Xi tiba di perenggan yang terakhir. "Kesepuluh, dilarang merasuah Bos? Hah?"
"Hafal semua ni."
"Oh..."
Ning Xi menghafal semua peraturan itu sambil diperhatikan oleh Lu Tingxiao. Selepas dia mengingati semuanya, barulah lelaki itu membenarkannya pergi.
Lu Tingxiao menghalaunya keluar kerana lelaki itu takut dia akan menggodanya lagi...
Menakutkan sangat ke dia?
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com