webnovel

Hidup Tanpa Berfoya-foya dengan Gadis

Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xi berniat untuk dapatkan penjelasan tapi pada ketika itu seorang sami kecil datang sambil berlari dan mengingatkan Xuan Jing perhimpunan dharma sudah nak bermula. 

Xuan Jing kelihatan seperti dia tak ada niat pun nak jelaskan makna di sebalik mesejnya tadi. Dia segera mengucap selamat tinggal kepada Ning Xi dan Xi Shiqing sebelum beredar dengan cepat.

Ning Xi hanya mampu memandang Xi Shiqing dengan rasa keliru. "Encik Xi, kamu mesti faham ketua sami tu lebih daripada saya. Tengok bunga yang dia lukis ni. Apa maksudnya?"

Xi Shiqing mengangkat kertas itu dan menelitinya tapi dia pun tak ada apa-apa idea. "Saya pun tak boleh teka apa yang ketua sami fikir."

Selepas itu, Xi Shiqing menzahirkan rasa terkejutnya kepada Ning Xi, "Setiap hari ada ramai orang yang tanya soalan yang sama, dan setiap kali tu jugalah jawapannya mesti 'segalanya dah ditakdirkan'. Tak sangka dia akan lukiskan sesuatu untuk kamu."

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo