webnovel

Tak Dapat Mengawal Dirinya

Editor: EndlessFantasy Translation

Lelaki di atas katil itu membuka mata. Dia tak mengantuk.

Tadi dia hanya lelap sekejap.

Dia memang tak dengar Ning Xi ketuk pintu. Apabila Ning Xi masuk, dia sudah terbangun dan untuk beberapa sebab, dia buat keputusan untuk pejamkan mata.

Ning Xi tanggalkan kot lelaki itu, membetulkan bantal dan menyelimutkannya.

Walaupun Lu Tingxiao tahu Ning Xi hanya menganggapnya sebagai bos dan penyelia, Lu Tingxiao rasakan kehangatan dan selesa dengan layanannya. Rasa letihnya serta-merta hilang.

Semasa Ning Xi bersedia untuk keluar, Lu Tingxiao berasa pelik apabila bunyi tapak kaki Ning Xi tiba-tiba tak kedengaran.

Ning Xi tak berjalan atau bergerak. Lu Tingxiao dapat rasakan Ning Xi sedang memandangnya.

Apa yang dia buat? Apa yang dia pandang?

Lu Tingxiao tak boleh buka matanya sekarang, jadi dia berpura-pura tidur dan tumpukan perhatian kepada setiap bunyi yang dia dengar.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo