Ning Xi mencuba sepuluh pakaian yang berbeza dan dia sukakan kesemuanya.
Akhirnya, dia telah beli semuanya sekali.
Seperti yang dijangkakan, penyelesaian terbaik apabila berdepan dengan dilema kerana terlalu banyak pilihan ialah dengan menjadi kaya! Tiada siapa pun yang akan terbeban untuk buat satu pilihan sahaja apabila orang itu boleh buat keputusan untuk beli semuanya.
Ning Xi sangat sukakan pakaian yang bertema retro dengan unsur Cina di situ. Dia minta jurujual itu untuk bungkuskan pakaiannya dan terus memakai pakaian yang baru dibelinya itu.
Jurujual itu gembira kerana kuantiti jualannya banyak. Dia tersenyum lebar dan berkata, "Terima kasih kerana menjadi pelanggan kami, sila datang lagi!"
Ning Xi memegang semua begnya dan sedang melangkah keluar dari kedai itu apabila dia ternampak Li Yueling dan beberapa artis lain sedang melangkah masuk. Wanita berjubah labuh yang berwarna hijau pudina di sebelah Li Yueling ialah Ning Xueluo.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com