webnovel

Hanya Kerana Seorang Perempuan

Editor: EndlessFantasy Translation

Lelaki Itali itu berkata dengan muka tidak bersalah. Tangannya didepangkan. "Temanku, kamu tak boleh salahkan saya tentang ni! Sasaran saya adalah Lu Tingxiao. Perempuan tu sendiri yang datang ke situ dan bunuh semua orang. Malah, dia juga dah tangkap Alice. Dia dah rosakkan rancangan saya!"

Riak wajah lelaki Itali itu kelihatan bengis sehingga gadis-gadis jelita yang menari di sekelilingnya tadi mula berasa takut melihatnya. 

Lelaki berambut hitam itu seperti tidak menyedari perubahan pada riak wajah lelaki itu dan terus bercakap tanpa menunjukkan apa-apa riak, "Encik Augustine, kamu dah langgar perjanjian kita."

Lelaki Itali itu bangun dengan terhuyung-hayang. Bibirnya mengukir senyuman dan tangannya ingin menepuk bahu lelaki Asia itu. "Hei kawan, tenanglah! Saya cuma nak tolong sebab saya tengok Iblis belum buat apa-apa tindakan lagi!"

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo