webnovel

Konfrontasi antara Anak dan Ayah

Editor: EndlessFantasy Translation

Lu Tingxiao hanya mengangguk kecil dan berkata, "Mmm."

Lu Jingli sudah hampir menangis. "Tolonglah! Apa maksud kamu 'mmm'? Kamu ada rancangan ke? Kalau ikutkan perangai degil orang tua tu, macam mana kalau dia rasa tercabar dan buat benda gila? Siapa yang boleh halang dia?!"

Paling teruk, dia orang yang bertanggungjawab membenarkan Ning Xi dan Si Cilik pergi!

Dia seperti boleh mengagak masa depannya yang tragis...

Ketika ini, bunyi derap tapak kaki boleh didengari dari bawah, diikuti dengan bunyi perbualan di antara Tuan Lu dan pembantu rumah.

"Macam mana keadaan Si Cilik hari ni?"

"Tuan, Tuan Muda masih belum bangun."

"Mmm, biar saya pergi tengok dia."

Hati Tuan Lu berada dekat dengan cucu kesayangannya, jadi sudah tentu perkara pertama yang akan dilakukan olehnya sebaik sahaja pulang ke rumah adalah menjenguk Si Cilik.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo