webnovel

Si Cilik Tidak Gembira

Editor: EndlessFantasy Translation

Sejak Si Cilik terdengar kata-kata Lu Jingli, ibu bapa Lu berasa tidak keruan. Tapi, mereka melepaskan keluhan lega ketika waktu makan tengah hari tiba.

Si Cilik membuka pintu dan dengan patuh menghabiskan nasinya, minum supnya dan makan sedikit buah.

Segalanya kelihatan normal, tetapi dulu setiap pergerakan kanak-kanak kecil itu penuh dengan tenaga. Sekarang, dia kelihatan seperti robot yang hanya mengikut arahan.

Selepas makan tengah hari, Si Cilik mencapai buku lukisannya dan pergi ke taman.

Tuan Lu dan Puan Lu mengintai dari jauh dan cuba sedaya-upaya untuk melihat apa yang dilukiskan oleh kanak-kanak itu supaya mereka dapat tahu apa yang sedang bermain di dalam fikirannya.

Tetapi, Si Cilik hanya duduk di situ dan memandang kejauhan dengan mata yang kosong tanpa melukis apa-apa.

"Saya tengok dia pun saya dah tahu. Si Cilik kita tak gembira!" Ujar Puan Lu dengan muram.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo