"Apa... Apa..." Ning Xi terkesima. "Kenapa saya sendiri tak tahu pasal ni?"
"Kamu mabuk malam itu. Hal ini berlaku ketika krew produksi menganjurkan makan malam untuk mengalu-alukan kedatangan saya." Jiang Muye mengingatkan Ning Xi.
Ning Xi akhirnya teringat...
Malam itu, dia tidak sengaja masuk ke dalam bilik yang salah dan Zhu Xiangcheng cuba untuk mengambil kesempatan ke atasnya.
Kemudian, Lu Tingxiao secara peribadi telah menemaninya balik ke bilik krew produksi dan menyuruhnya menunggu lelaki itu selepas dia selesai nanti. Mereka akan pulang bersama-sama.
Tidak lama kemudian, dia terlalu mabuk ketika melihat Lu Tingxiao, jadi dia langsung tidak ada sebarang ingatan tentang apa yang terjadi selepas itu. Ketika itu, Jiang Muye ada di sebelahnya, jadi mungkin dia dan Lu Tingxiao bercakap ketika itu...
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com