Ning Xi tidak tahu teknik apa yang telah digunakan oleh Lu Tingxiao dan hanya mampu tercengang memandang badan lelaki berpakaian hitam itu berpusing sebelum jatuh terbaring di tepi jalan. Lelaki itu jatuh seperti nangka busuk dan langsung tidak bergerak selepas itu...
Melihat serangan Lu Tingxiao yang begitu ganas, ketiga-tiga lelaki tadi saling berpandangan antara satu sama lain sebelum akhirnya berundur dan melarikan diri dari situ.
"Kamu okey?" Mata Lu Tingxiao masih lagi memancar dengan aura membunuh sewaktu dia bertanya kepada Ning Xi.
Ning Xi mengangguk dengan wajah kosong. "Saya okey..."
Dia tidak pernah melihat lelaki itu bertarung sebelum ini, jadi dia sering mempunyai tanggapan dia seorang yang lembut dan sopan. Langsung tidak terlintas di fikirannya yang lelaki itu sebenarnya begitu handal bertarung...
Ketika itu, sebuah Ferrari hitam berhenti di depan mereka dan seorang lelaki melangkah keluar dari kereta itu.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com