Kediaman Lu.
Selepas menidurkan Ban Kecil, Ning Xi memakai topeng muka dan ingin tidur bila skrin telefon bimbitnya tiba-tiba bernyala menandakan ada panggilan masuk.
Panggilan itu adalah dari Ning Yaohua...
Ning Xi mengecilkan matanya dan berjalan keluar ke balkoni sebelum mengangkat panggilan itu.
"Hai..."
"Hai apa! Kamu tak tahu beri salam kepada ayah kamu ke? Mana adab kamu?!"
"Kamu memang nak bergaduh dengan saya tentang hal ini lagi ke?"
"Saya sangat berharap yang keluarga Ning tak ada orang seperti kamu, tapi darah Ning mengalir di dalam tubuh kamu dan saya tak boleh hilangkan darah itu walau sekuat mana pun saya cuba! Perkara jijik yang kamu buat di luar akhirnya menconteng arang di muka keluarga Ning dan kami yang rasa malu!"
"Heh, perkara jijik yang saya buat... Ning Xueluo yang beritahu kamu?"
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com