webnovel

Apa yang Saya Nak Tukar ialah Syarikat Ini

Editor: EndlessFantasy Translation

Bilik resepsi.

Wajah Chang Li berubah bongkak selepas melihat Ning Xi memunculkan diri. "Bintang Besar Ning kita akhirnya sudi memunculkan diri! Kamu betul-betul buat saya tertunggu-tunggu!"

Sewaktu dia berkata-kata, dia memandang lelaki berwajah dingin di sebelah Ning Xi dengan pandangan mengejek. "Siapa lelaki ni? Kamu tak tahu ke yang kamu tak boleh sembarangan bawa orang asing ke syarikat?"

Ning Xi memandang Chang Li dengan pandangan kurang senang. "Peguam saya."

"Heh, kamu sampai upah seorang peguam!" Chang Li fikir yang Ning Xi hanya mengupah seorang peguam sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja, jadi dia mendengus dengan perasaan jengkel. "Sehingga sekarang pun kamu masih lagi cuba menunjuk-nunjuk dan melawan saya. Kamu tahu tak masalah yang kamu dah buat kali ni sangat teruk? Kalau bukan kerana saya dah banyak kali tolong pertahankan kamu kepada pihak syarikat, kamu dah lama disenarai hitamkan!"

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo