webnovel

Murid Mengatasi Gurunya

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas mendengar kata-kata Ning Xi yang seperti menghina diri sendirinya, Si Cilik telah menggunakan kemahirannya yang paling tinggi untuk memujuk...

Ning Xi berasa tersentuh dan risau pada masa yang sama. "Lu Tingxiao, Si Cilik memang dapat kemahiran ni daripada kamu. Dia sangat pandai menggembirakan hati gadis! Apa akan jadi pada dia nanti bila dia dewasa! Saya tak boleh bayangkan macam mana saya akan jatuh cinta dengan dia bila dia mula bercakap nanti!"

Terutamanya ayat yang terakhir. Ia betul-betul menusuk terus ke hatinya.

Si Cilik memanggilnya tuan puteri...

Dia selalu ingin menjadi seorang permaisuri, kerana hanya dengan itu dia boleh menghadapi segala kesusahan tanpa rasa takut.

Tetapi bila Si Cilik memanggilnya seorang tuan puteri, gadis kecil yang tersembunyi jauh di sudut hatinya kini kembali memunculkan diri...

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo