"Eh, jadi kerjasama kita dah sah?" Ning Xi masih sedikit terkejut.
"Saya memandang tinggi pada kamu, dan kamu juga berazam untuk menyertai Keagungan Dunia. Perasaan kita sama, ada masalah ke?" Lu Tingxiao menjawab dengan soalan.
"…" Perasaan kita sama, frasa ini boleh guna macam ini ke…
Ning Xi merasakan dia boleh menyusahkan sesiapa sahaja dalam dunia kecuali Lu Tingxiao, sebab itu dia bertanya dengan sangat serius, "Kamu tak perlu fikir sekali lagi? Saya rasa saya agak menyusahkan. Saya juga rasa saya akan timbulkan masalah pada kamu nanti…"
"Kalau kamu boleh uruskan semua benda, kenapa kamu perlukan syarikat pengurusan? Itu sebabnya kami wujud."
"Oh…" Ning Xi menggaru hidungnya.
Namun, Ning Xi tahu Raja Syaitan Besar tidak banyak bercakap. Tapi, apabila dia bercakap, setiap perkataannya seperti permata. Ning Xi memang tidak boleh menang.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com