Selepas itu, Ning Xi membuka Weibo dan terus ternampak deretan sumpah seranah orang ramai kepadanya. Ia jauh lebih teruk daripada waktu dicaci oleh Jia Qingqing dulu. Tetapi ini tidak pelik kerana jika dibanding dengan Jia Qingqing, Ning Xueluo sememangya jauh lebih terkenal. Semangat pertarungan para peminatnya juga jauh lebih kuat.
[Ning Xi Si Perempuan Sial tu masih lagi bersembunyi dan tak mahu keluar, jadi dia pasti bersalah! Dia pasti larikan diri sebab dia sedar yang perbuatan jahat dia dah terbongkar. Lagipun, dia sudah lakukan cubaan membunuh! Kalau mereka pergi ke mahkamah, dia pasti kena masuk penjara!]
[Kalau dihina sekali sahaja mungkin bermakna dia iri hati, tetapi dia sudah berada di dalam situasi ini banyak kali. Jadi pasti perangai dia yang bermasalah! Kali ini, dia dah tertangkap!]
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com