webnovel

Dua Orang yang Paksa Berkahwin

Editor: EndlessFantasy Translation

Syarikat Hiburan Cahaya Bintang.

Di dalam pejabat, Chang Li yang kelihatan bingung dan gementar beritahu, "Ning Xi sempat hadir sesi uji bakat dan diberikan watak heroin kedua!"

"Watak heroin kedua?" Ning Xueluo mengerut dahi setelah mendengar berita ini. "Bukankah dia sedang berlakon watak kecil dalam satu filem yang tidak popular? Bila pula dia ada masa untuk uji bakat watak heroin kedua?"

"Pada mulanya, saya juga agak pelik. Tapi selepas bertanya sekeliling, saya dapat tahu selepas sesi uji bakat untuk watak heroin utama telah berakhir, sewaktu panel hakim baru nak beredar, mereka bertembung dengan Ning Xi. Semasa mereka berjumpa dengannya, mereka terus memutuskan bahawa dia terlalu sesuai untuk melakonkan watak heroin kedua. Mereka hanya melihat sekali imbas! Tidak hairan jika kamu merasa terancam olehnya. Sungguh licik! Entah siapa yang telah digoda untuk mendapat watak ini!"

Terdapat satu perkara yang Chang Li tidak berani katakan. Penampilan Ning Xi ialah senjatanya yang paling hebat. Tidak hairan sekiranya panel hakim hanya perlu melihatnya sekali imbas untuk membuat keputusan begini.

Dia berfikir kembali sewaktu dia mula mengambil Ning Xi sebagai seorang artis. Dia telah bersedia untuk memupuknya menjadi artis yang hebat. Namun, Ning Xueluo datang mengenalkan diri.

Seorang ialah merupakan artis baru yang tiada pengaruh dan sokongan. Seorang lagi merupakan selebriti terkenal yang datang dari keluarga yang berpengaruh. Siapa pun tahu untuk memilih siapa.

Industri hiburan bukannya tempat yang senang untuk bertahan jika hanya bergantung pada kecantikan.

Ning Xueluo tidak senang hati. "Walaupun dia bukan watak heroin pertama, ini masih pengeluaran filem yang besar!"

Chang Li dapat dengar dari nadanya, dia tidak mahu Ning Xi melakonkan watak heroin kedua.

Dia serba salah. "Saya rasa sukar untuk menggugurkan dia dari watak ini. Syarikat kita telah melaburkan banyak duit dalam drama ini, dan bos gembira apabila mendapat tahu artisnya telah mendapat watak heroin utama dan heroin kedua. Jika terdapat seorang artis dari syarikat kita yang boleh menggantikan Ning Xi, tentu tidak jadi masalah. Namun, semua artis lain telah gagal uji bakat untuk watak itu. Jadi, tiada sebab yang baik untuk menggugurkan dia…"

Siapa tahu apa yang difikirkan oleh Ning Xueluo. Namun, dia tiba-tiba tenang dan mula menajamkan kukunya. Dia ketawa. "Tak apa. Sekiranya dia mahu melakonkan watak rubah syaitan itu, biarkan dia! Memainkan watak penggoda yang membawa bencana sangat sesuai dengannya!"

Ning Xi menerima panggilan daripada Chang Li yang memaklumkan tentang pengesahan dia dalam filem <Dunia Ini> sebagai watak heroin kedua. Dia juga menerima arahan untuk membuat persediaan rapi untuk watak ini.

Di dalam filem <Dunia Ini>, heroin utama merupakan wanita yang jujur, bijak dan berani, dan akan membantu protagonis lelaki untuk naik takhta. Manakala heroin kedua membawa bencana kepada seluruh negara dan rakyatnya. Dia pengkhianat, orang yang licik, dan dibenci oleh semua orang. Untuk memuaskan hati semua orang, dia akan bertemu ajalnya setelah heroin utama membuat dia melompat dari tebing tinggi.

Kerana watak ini begini, tidak hairan jika Ning Xueluo tidak terganggu dengan keputusan panel hakim.

Walaupun Ning Xi berjaya mendapat watak heroin kedua, dia masih perlu menghabiskan kerjanya yang sedia ada. Hari ini, dia masih perlu bergegas ke satu sesi penggambaran. Wataknya ialah pencuri suami orang lain. Dia cuma diperlukan untuk berlakon lima minit terakhir filem itu. Di bawah cahaya matahari yang terik, dia akan dikelilingi sekumpulan orang yang marah dan akan dipukul dengan ganas selama lima minit.

Namun hakikatnya, untuk menjayakan babak lima minit itu mengambil masa lebih dari dua jam. Oleh kerana kumpulan pelakon tiada pengalaman, riak wajah mereka tidak serasi. Jadi, dia terpaksa dipukul berulang kali.

Sebaik sahaja kembali di rumahnya, Ning Xi menghidupkan televisyen sambil berbaring di atas sofa. Dia sungguh letih.

Siaran berita sedang berlangsung dan kemudian, seorang yang dikenali muncul di kaca tv.

Wajah yang tampan, bahu yang luas, punggung yang langsing dan kaki yang panjang. Dengan ketinggian dan peribadi berdisiplin…siapa lagi kalau bukan bapa kepada Si Cilik, Lu Tingxiao!

Lu Tingxiao kelihatan dalam majlis tandatangan, dan sedang berjabat tangan dengan beberapa orang asing.

Jurucakap majlis dengan bersemangat mengumumkan kerjasama antara Korporasi Lu dan jenama DR Itali. Nilai saham syarikat besar itu juga berkemungkinan akan berganda apabila memasuki pasaran Eropah.

Selepas seketika, Ning Xi akhirnya teringat dia terlupa untuk menelefon Si Cilik!

...

Di Istana Platinum,

Kedua-dua orang tua Lu telah pulang dari luar negara, dan keluarga yang terdiri daripada lima orang itu sedang makan malam bersama.

Perjanjian perniagaan yang diusahakan oleh Korporasi Lu itu selama tiga tahun akhirnya berjaya. Tuan Besar amat gembira. Dia tidak berhenti memuji Lu Tingxiao, Lu Jingli juga mendapat tempias pujian itu.

Walau bagaimanapun, setelah dia selesai, dia membangkitkan isu paling penting.

Walaupun kerja amat penting kepadanya, cucu berharganya diberikan lebih keutamaan!

Tuan Besar Lu : "Tingxiao, walaupun kerja amat penting kepada kamu, kamu tidak boleh mengabaikan Si Cilik. Memandangkan kamu tidak begitu sibuk nanti, luangkanlah lebih masa dengan Si Cilik!"

Madam Lu : "Tapi, jika kamu sangat sibuk dengan kerja, kamu patut cari seseorang untuk membantu menjaganya! Si Cilik sudah besar. Kamu patut mencari seseorang!"

Tuan Besar Lu : "Betul! kata Ibu awak"

Lu Jingli memandang abangnya dengan maksud tersirat. Lihat, ibu bapa kita sudah mula!

Lu Tingxiao menumpukan perhatian pada makan malam. Tidak mengucapkan walau sepatah perkataan.

Si Cilik memegang telefon bimbit bapanya, tidak bergerak sama sekali.

Próximo capítulo