Gundik Shu merenung Ye Jingxuan yang berada di depannya itu lalu berkata dengan dingin, "Baiklah, saya akan bantu kamu kali ini. Tapi saya harap kamu boleh tutup mulut. Kalau saya dapat tahu kamu bocorkan maklumat tentang saya, jangan salahkan saya kalau saya bersikap kejam!"
"Gundik Shu, bukannya kamu bantu saya, tapi kita saling membantu." Ye Jingxuan tersenyum.
Wajah Gundik Shu berubah sekali lagi lalu dia menarik nafas dalam. "Betul, kita berdua akan dapat manfaat dalam hal ini. Tapi Ye Jingxuan, melakukan terlalu banyak rancangan jahat akan dapat balasan yang jahat juga! Kamu tidak takut?"
'Balasan?'
Ye Jingxuan menyeringai. "Kalau kamu sendiri tidak takut, kenapa pula saya patut takut?"
"Humph!" Gundik Shu mendengus sebelum memakai semula topinya sebelum pergi. Sebaik sahaja dia keluar dari pintu, keinginan membunuh berkilau pada matanya. 'Ye Jingxuan tidak boleh dibiar hidup! Kalau tidak, dia akan ugut saya menggunakan rahsia saya lagi!'
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com